;)

Friday, May 12, 2017

8 Hari di Madinah dan Bir Ali


Assalamualaikum!

Okay, first of all, inilah hotel kami untuk sepanjang keberadaan kami di Madinah al-Munawwarah. Al-Haram Hotel yang terletak 100 meter dari Pintu 25 Masjid Nabawi. Masjid Nabawi kan dalam pagar yang berpetak luas, dan pintu nya sangatlah banyak. So, akan ada nombor di setiap pintu tu bagi memudahkan kita semua nak tunggu sanak saudara. Contoh macam orang yang tinggal di hotel Movenpick, pintu terdekat dia adalah pintu 15. Kalau muzium Nabi, pintu terdekat adalah pintu nombor 8 kalau tak silap. Haa mcmtulah seterusnya.

Rutin harian kami adalah:

3 pagi : Bangun, mandi dan bersiap
330 pagi : Ke Masjid Nabawi, solat sunat dan sementara tunggu Subuh, baca Quran.
530 pagi : Selesai Subuh, beli makanan luar hotel (nasi lemak,mee goreng, mostly org indon jual)    and tidur kejap. Ada jugak hari lain yang kami jalan2 sekitar, tengok kedai2, makan capati, shawarma, kuah kari kambing yang the best ever!
11 pagi : Siap mandi and turun lunch (pihak TH sediakan lunch dan dinner)
12 tghari: ke Masjid dan Zohor
2 petang : Aku tunggu giliran masuk Raudhah. Untuk perempuan akan dibuka jam 830 pagi, 2ptg     dan 9 mlm. Kalau lelaki bila bila masa je kecuali masa untuk perempuan tu lah.
330 petang: Kalau tak masuk Raudhah aku akan stay je sampai Asar. Sama mcm abang abang.
5 petang : Keluar cari makan, jalan2 ataupun balik hotel untuk makan sahaja.
630 petang: ke masjid untuk Maghrib dan Isyak.
9mlm: Jalan jalan atau kalau penat balik tidur.


masa tunggu Maghrib, yang depan sekali ni Thailand serius tak paham dia cakap ape, yang blakang tu Jogjakarta, so I just took pic for kenangan.


ni masa lepas Subuh, makan kat hotel.


Masa timbang kotak nak post kat Malaysia, kitorg post siap2 kurma and yang berat2


jalan jalan waktu pagi ke Ben Dawood nak beli air susu masam hee


ni Izwan, classmate degree uitm, dia steward Eaglexpress so kebetulan aku baru dua hari kat Madinah, dia layover kat sana jugak so we met up, still remembered dia tunggu kat gate 25 and aku pakai purdah and approached him, "Assalamualaikum ya hab" pastu dia terkejut pastu aku gelak2, dia cakap 'weyy sumpah aku terkejut sape la tegur aku' pastu kitorg berempat jalan2 and he belanja me starbucks haha thanks wan!


ni masa Maghrib, masa ni aku tak sempat nak masuk masjid sebab terlambat ke masjid so terpaksalah duduk kat luar tu ha solat situ. 


Ada satu hari masa ada di Madinah, pihak TH buat ziarah dalam dan ziarah luar untuk jemaah. Ziarah luar maksudnya ke ladang kurma dan masjid masjid di sekitar Madinah. Ni adalah 1st pitstop iaitu ladang kurma. 

ni adalah Masjid Qiblatain, masjid yang mana ditukarkan kiblat ke arah Kaabah


ni Majid Tujuh tp x keluar pun sbb kejar Zohor



Maqam para sahabat di Jabal Uhud masa ni mengalir air mata bila dengar mutawif cerita


teman baik sepanjang hayat



ini lah Bin Dawood a.k.a Mydin Mall TGanu hahah



ni Perkuburan Baqi' dan lelaki sahaja boleh masuk


suasana selepas solat, akan ada kelas tajwid untuk para anak anak


masa untuk refill air zam zam


suasana malam seusai Isyak


ada selepas Subuh tu dalam pukul 10 kitorg masuk muzium Quran, ada semua jenis Quran dari zaman dulu yang ditulis dengan bulu pelepah sampai lah atas kertas emas sampai lah sebesar ini Quran. MasyaAllah.

Untuk Ziarah Dalam, kami terlepas untuk sesi KT21 sebab tak perasan jadual huhu. Pastu mintak dgn ustazah untuk selitkan kami bertiga ke sesi ziarah dalam KT seterusnya. Nasib baik boleh. Kebetulan kena dengan jemaah Sabah Sarawak, comel betul bahasa diorg! Suka! Kami dibahagikan lelaki dan wanita sebab lelaki akan masuk ke perkuburan Baqi' dan kami ke Raudhah. Ziarah Dalam lagi buat aku faham tentang masjid Nabawi dan kami nangis di depan kubah Hijau (depan Rasululah SAW!)


di bawah Kubah Hijau ini terletaknya makam Nabi Muhammad kita yang tercinta


Macam macam kenangan ada, sebab kami tak banyak duduk dalam hotel, kebanyakan masa dihabiskan di masjid dan di sekitar nya, sebab suka tengok suasana orang ramai, orang jual jual, makanan yang terlampau banyak dijual, bahasa2 asing, memang sangat best. Cuaca tu memang lah panas mcm angin dalam oven tapi tak menganggu langsung perjalanan ni. Hari terakhir di Madinah, selepas Subuh, kena baca doa Wada' iaitu doa selamat tinggal, aku pilih untuk baca doa tu dalam masjid Nabawi, sebak.


tarik bag nak naik bas pukul 7 pagi.


inilah roomates yang tercinta, Mok Yah, Mok Nab, Mok Nim, Mok Ku. Rindunyaaa



masjid Bir Ali

Perjalanan Madinah - Makkah mengambil masa 7 jam dan bagi mereka yang datang dari arah Madinah, niat umrah adalah di miqat : Masjid Dzulhulaifah atau dikenali sebagai Bir Ali. 

Miqat bermaksud sempadan tempat dan masa untuk mengenakan niat. Ianya adalah sempadan tanah halal dan tanah haram yang telah ditentukan oleh Rasulullah (Ibn Abbas). 

Kalau yang memang dah ada di Makkah, mereka perlu keluar dari kawasan Makah dan niat di Tana'im ataupun dikenali sebagai Masjid Aisyah. 

Kalau dari Malaysia - Jeddah, kena pakai ihram siap siap sebab akan niat di Qarnul Manazil (atas flight dan sejam sebelum mendarat). Nanti aku cerita lagi tempat niat dari tempat yang lain di sekitar Makkah okayy.

So sampai sini aje perjalanan Madinah 8 hari. Yang pasti, Bakso Maggi di hotel (lupa nama apa hotel tu tapi tangga dia mcm dlm cerita Titanic dan restoran Indon kat atas) amatlah sedap dan mengenyangkan.

Keseluruhannya, tenang, damai, tak rushing sebab jarak dekat antara satu sama lain, orang Arab kat Madinah fluently cakap Melayu dan kenal Mahathir dan Siti Nurhaliza hehe. Masjid Nabawi sangat lah cantik, selesa, siap ada karpet, ada orang jaga untuk pastikan seramai yang mungkin dapat masuk masjid. TENANG. tu je kesimpulannya. 

Nak pergi dan pasti pergi insyaAllah.



Sunday, March 26, 2017

Kursus Haji, Keberangkatan ke Madinah

Assalamualaikum.
Baru ada sedikit waktu aku menulis, maaf ya sebab lambat hehe.

Straight to the point,

Aku dapat tahu pasal surat tawaran meunaikan haji sewaktu aku di London bulan 9 2015. Ma buat voice note dekat Whatsapp Group.

"Ma ada benda nok kabo, sukacita dimaklumkan Izaurin Iskandar, Izham Iskandar dan Fatin Amirah ditawarkan untuk menunaikan haji 1437H pada September 2016..huhuhu...syukur alhamdulillah anak anak ma boleh gi, dijemput gi.." (baca dengan nada sebak ye).

Aku yang play voice note tu terus berdebar dan mengalir air mata. First thing yang terjah dalam otak, 'mampu ke aku nak laksanakan rukun ni?' Debar. Debar kerana dua sebab.

1) Penuh dosa, takut jadi apa apa (normal people kan fikir mcmni bila nk pegi Mekah dan aku x terkecuali fikir mcmtu jugak)

2) Tak pernah ada pengalaman ke tanah suci. Kan orang kata baik gi umrah dulu, tengok keadaan mcmana sebab haji ni lg besar dan mencabar.

Ma hantar surat tawaran dekat Whatsapp Group. Masih tak percaya.

Akhir Januari 2016.

Aku pulang ke Malaysia. Impian aku nak cari kerja di luar Terengganu terpaksa ditangguhkan sebab aku perlu menjalani kursus haji selama 14 minggu di masjid yang terpilih, sekali seminggu. So, aku kerja di hotel di KT dulu buat sementara waktu. Ang pergi kursus haji di masjid Putrajaya sebab di kerja KL and biasanya aku pergi kursus ni dengan Yen and ma and aboh. Kursus ni tak semestinya orang yg ditawarkan je boleh gi. Sesiapa je.

Lepas habis 14 minggu, barulah ada kursus intensif dua hari khas untuk yang terpilih sahaja. Buat di UMT. Kursus ni ada practical, ustaz tunjuk mcmana nak tawaf, saie, lontar jamrah. Siap ada Kaabah lagi tau. Best!

Bulan 7 kursus perdana haji  dijalankan di TTI. Haa, yang ni seluruh bakal jemaah haji negeri Terengganu dikumpulkan. Dua hari dijalankan praktikal penuh. Maknanya, bermalam di situ sebab nak bagi rasa mcmana bermalam di Arafah & Mina nanti. Masa ni ada bakal jemaah dah dapat surat tarikh penerbangan sama ada penerbangan awal, tengah atau akhir. Yang akan membezakan adalah, sama ada bakal jemaah akan melaksanakan Tamattuk, Qiran atau Ifrad.

Tamattuk - penerbangan awal, ke Madinah dahulu, niat umrah dulu dan last haji. Yang ni dikenakan dam sebab kita boleh bersenang lenang dulu.

Qiran - penerbangan akhir terus ke Mekah, niat haji dan umrah sekali, biasanya org hok sibuk buat haji Qiran sebab stay dalam dua minggu je.

Ifrad - penerbangan ke Mekah dulu, buat haji pastu baru umrah dan ke Madinah.


ni practical tawaf (nampak tak Kaabah kecil belakang kami)


gamabr sikit heee


Nak dijadikan citer, seminggu sebelum penerbangan pertama bakal haji, aku dgn abang2 still x dapat surat. Biaselah, darah tak sabar tu sentiasa ada hiks. So, aku gigih ke pejabat TH, En Aidil tu dah terbiasa dah tengok muka aku, 'Ye Cik Fatin" hahah.. Dia kata akan pos tapi takpela since aku ade situ doh, dia pun print la hok lain. Tup tup, lusa tu surat sampai kat umah. Tu la, tazzabar sgt hihi.


So, 14 Ogos 2016 tarikh keramat kami berangkat ke Madinah dan secara tak langsung jadi lah Haji Tamattuk. KT21T maksudnya penerbangan bakal jemaah haji yang ke 21 dan T kat belakang tu Terengganu. Nanti dah sampai KLIA barulah kami disatukan dengan bakal jemaah dari negeri lain macam Kelantan, Kedah, Perak. Haa gittew. So diorang punya KT21D (kelantan) KT21A (perak) macamtulah kot hee..

KEBERANGKATAN DAN TOUCHDOWN MADINAH AL MUNAWWARAH

Pukul 2 petang kami diarah berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Seusai Zohor, Amir (anak tok imam kampung aku) datang rumah untuk melaungkan azan sempena keberangkatan kami tiga beradik. Saat tu, aku cukup tahan air mata dari mengalir. Sayu sangat rasa.


sewaktu di airport tganu

Jam 4 petang, kami diberi nombor bilik dan nama hotel yang akan kami tinggal sewaktu di Madinah. Alhamdulillah diberi Al Haram Hotel yang mana jaraknya cuma 100 meter dari Masjid Nabawi. Sewaktu menunggu untuk masuk boarding, kitorg sempat berkampung kat luar, ma abah sediakan mee goreng dgn air untuk kami dan sanak saudara makan. Ramai sangat orang masa tu, best dan sayu. Jam 630 petang, kami diarah masuk ke balai berlepas. Haa masa ni lah air mata petir turun laju laju. Takleh nk sorok muka nangis huhu, mintak maaf bagai, Ma Aboh Kak Yah Kak Ira semua nangis. Yang paling sayu Kak Ira sebab baru 4 bulan kawin dgn Yen and pegnen and tetibe laki jauh 48 hari huhu. Takpe, demi ibadah! Masuk boarding, duduk kejap untuk dengar taklimat selepas Maghrib, dan tukar duit riyal siap siap (dekat boarding tu ada kaunter TH). Diberi makan dan tunggu lagi. Jam 9 TGG-KUL berlepas.


bye Tganu jumpa lagi!


di KLIA bersama bakal jemaah dari negeri lain

Sampai KLIA jam 10, tunggu lagi untuk penyerahan passport dari pihak TH kepada bakal jemaah haji. Diberi makan lagi sekali. Jam 2 pagi, berlepas ke Madinah menaiki A380. Best!


dapat row yang sama yayy! 


Perjalanan KUL-MED mengambil masa 6 jam. Tidur, makan, tgk movie, zikir, lagu nasyid semua dah. Dan jam 6 pg waktu Madinah kami selamat tiba Alhamdulillah.


imigresen Madinah


ni tunggu bas mengikut nombor yang diberi


kami bas 01 yayy




abaikan muka tak mandi ye 


baru sampaii 

Naik bas,terus ke Hotel Al Haram. Memandangkan aku seorang perempuan, so aku takde la peneman mcm abang aku berdua satu bilik. Aku mohon Ya Allah semoga roomate aku untuk 8 hari sepajang di Madinah ni baik baik semua Amin.. Alhamdulillah sangat baik, menolong dan silaturahhim sehingga hari ini! Jam menunjukkan pukul 10 pagi, rehat rehat, mandi, siap siap makan dan ke Masjid Nabawi, serius aku tak letih, sebab rasa excited sangat nak masuk masjid yang selama ni aku tengok gambar je.


gambar pertama di pintu 25 Masjid Nabawi (tu mak alang)



pertama kali masuk Raudhah seusai Zohor hari pertama


bawah kubah hijau ni terletaknya makam Rasulullah yang dicintai


seusai Subuh and jalan jalan cari makan. Cantik kan?


Seusai Subuh


 Ni last gambar aku nak cerita.

Pernah kan dengar orang kata pak Arab ni gatal galok glenyar?
Yes, indeed.

Hari pertama lagi masa di kaunter imigresen, pak arab yang bertugas tu tengok aku lain macam. Ang tengah beratur belakang aku utk queue. Lpeas selesai, Ang kata pakai purdah lah lepas ni. Aku pun nak beli tapi kekangan masa untuk hari pertama. Hari kedua lepas Subuh, kami jalan2 nak beli barang di Ben Dawood (mcm Mydin gitu, memang famous kat sana), setiap kali lalu kedai kedai, pak arab tengok lain macam lagi. Ang kata, 'lepas ni kita gi bli niqab'. Yen angguk tanda setuju. Aku pun follow je. Maka, start pada tu aku pakai niqab bila nak keluar dari hotel untuk elakkan dari kena benda benda mcmni.

Diorang ni ada yang mulut manis tau, "MasyaAllah, so pretty, where are you from?' "Ya Allah kakak manis mau pigi mana?' MasyaAllah tu memang ayat biasa.

Okay sampai sini dulu entry ni. Lepas ni aku cerita perihal 8 hari di Madinah, apa yang aku buat, aktiviti apa yang Tabung Haji buat untuk kami semua okay.

Oh lupa, aku dan abang-abang daftar haji tahun 2007 lagi lepas ma aboh balik dari haji bawak kakak. Diorang takleh daftar sekali dengan kitorg time tu sebab diorang baru balik kan so diorang kena tunggu 5 bulan untuk daftar balik dan akan ke sana 2020 pulak InsyaAllah. Jadinya, takde isu aku dan abang-abang potong queue ke ape ke sebab 9 tahun jugak kami tunggu sama macam orang lain. ;)

Thanks for reading!





Saturday, November 5, 2016

Medina & Mecca, Aku Rindu!

48 hari kat sana, hari yang sangat indah. Semua ni aku akan cerita later and later sekali dengan gambor ye. For now, aku cuma nk melawat blog ni je sebab berhabuk sangat hehe.

34 hari dari balik dari Mekah. Tapi aku masih ingat setiap detik yang berlaku, masih terasa sejuknya lantai Safa Marwah, wanginya bau pencuci lantai Masjidilharam, tersenyumnya saudara saudara kita, sedapnya air zamzam, and the best thing is, kat Mekah aku jatuh cinta dengan Burger King!

Meh aku cerita satu detik yang aku suka, terkesan dalam diri. Umrah kedua, masa tu buat waktu malam. Aku dan abang2 ambil niat di masjid Aisyah atau dikenali sebagai Tana'im. Pihak Tabung Haji memang sediakan bas untuk jemaah yg nak buat umrah sunat tapi bayar ye SR10 sorg xdehal lah utk ibadat kot. Sampai kat kawasan tawaf, kami bertiga decide kalau terpecah dan dah siap tawaf,tunggu di Safa so kita Saie sama sama sebabnya jemaah dah mula ramai di Masjidilharam tak kira masa dah.

Kata kata tu ibarat doa ye kawan kawan, maka memang terpecahlah kami waktu tawaf tu. Aku teruskan macam biasa sebab aku yakin, Dia ada untuk jaga aku. Selesai 7 pusingan, aku pandang Hijr Ismail dan aku kata dlm hati, "ramai jgk orang ni, tapi aku nk masuk nk solat sunat tawaf dgn taubat ni ya Allah". On the spot, Allah bg laluan utk aku masuk Hijr Ismail, solat sunat tawaf, taubat dan hajat. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Masa nak keluar dari Hijr Ismail, aku tgk ramai sgt pegang Kaabah, yang sapu sapu dgn tasbih dgn sejadah tu toksah kira, memang ramai. Sekali lagi, kata kata itu ibarat doa yang melantun ye teman teman. Aku terdetik je, "hmm nk try pegang skali dinding Kaabah, kalau tak dpt dlm Hijr Ismail pun xpe, pegang kat luar sebab ramai lg ni yg nk masuk sini". Tapi Allah bg aku pegang dlm Hijr Ismail jugak Alhamdulillah.

Pegang je Kaabah, air terjun menyapa pipi aku. Fuh, laju je mengalir, jantung berdegup kencang mcm      baru lepas jatuh dari bangunan tinggi. Syukurnya waktubtu sebab diberi peluang dalam hidup ni dapat tengok Kaabah depan mata sendiri, dapat pegang Kaabah dgn tangan sendiri, dapat rasa suasana Masjidilharam sendiri. Dan malam tu jugak niat aku untuk kucup HajarulAswad termakbul. Alhamdulillah Ya Allah.

One of the best moments in my life yang akan aku simpan dalam kotak memori yang takde butang delete, rosak mahupun corrupt.

Okay, nak cakap je I'm back!

Thursday, February 4, 2016

BACK!

assalamualaikum!

pergh lamanya tak berblog hahah. byk betul benda yang jadi since aku x menulis nih.

Firstly, aku baru je enam hari jejak kaki kat Malaysia setelah 6 bulan stay kat UK. further study ke? Aah. Amik course apa? Course jaga anak2 buah hahahah. kadang2 tu memang la dtg mood bosan and nak balik cepat tapi kan. byk gak aku belajar masa aku stay sana. Especially bab patience (tau jelah jaga budak and baby kut), cooking skills and bangun awal! Hahaha!

Gonna miss you my boys! Xpe, lagi 3 bulan je kann. Moga Allah permudahkan urusan kakak aku.

So, officially setahun menganggur. Aku sedang susun balik resume utk dihantar ke hotel hotel di Tganu utk kerja setahun ni. I have and I must stay in Terengganu as ALHAMDULILLAH aku dijemput Allah utk tunaikan haji tahun ni.

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH.

Jadinya, aku kena settlekan kursus haji, passport,visa etc etc di Terengganu as I will go there with Muassasah Tabung Haji Terengganu with my two brothers. In a mean time, aku loads up more ilmu agama coz seriously aku ada rasa sikit takut nak ke sana. Takut tu dalam erti kata, aku ni byk dosa. Yela diri sendiri tahu kan byk dosa dan aku selalu doa moga moga Allah jemput aku ni dengan keredhaaNya. Moga dipermudahkan urusan aku dan abang abang aku insyaAllah.

Bila plan Allah yg aturkan begini, jadinya plan aku utk apply keje stewardess ditangguhkan ke tahun depan. Dan aku tak terkilan pun sebabnya aku percaya yg plan Allah tu yg terbaik utk aku.

Tahun ni  tahun kumpul experience kerja dan tahun bersama keluarga dan berbakti pada ibu bapa!

Yeah!
;)

Ada masa kang aku tulis lagi bye!

Wednesday, August 12, 2015

Ke UK Lagi? Bestnya..

Jawapan yang selalu aku terima bila dijawab soalan mereka.

Musim raya, memang jumpa ramai sedara mara dan kawan2. Soalan pertama sebagai mukadimah sudah pasti lah, "doh Tin wak mende lening?".

Jadi aku serba salah nak cakap. Kalau tak cakap kang nanti kata aku ni sombong. Kalau cakap bimbang disalah erti. 

Ya, UK. Pasti ramai orang nak jejak kaki ke sini. Dan Alhamdulillah untuk aku, ini kali ketiga. Bukan bertujuan untuk seronok. Bukan tujuan untuk habiskan cuti semester. Kali ini tujuan hanya satu.

Tolong kakak.

Tahun ni masuk final year utk kakak do her research. So, dia sgtlah memerlukan fokus in writing. Dengan dua anak, she wont be able to do that. Boleh tu boleh, tp nanti nak siapkan thesis akan kena tambah lagi setahun or dua tahun. Sape nak sponser ngko nk stay lelame kat sini kan.

Jadi aku dtg ke sini utk tolong dia jaga anak2 while she study. Byk lg reasons mcm in monetory term yg sampai tahap makan 2 kali je sehari and so on tapi ckup sampai sini je aku explain.

Bkn aku tak fikir masa depan. Tapi, aku punya sorg kakak. Siapa nk tolong kalau bukan keluarga sendiri kan? 

Rezeki tu Allah dh tentukan. InsyaAllah rezeki aku bermula tahun depan. Mohon doanya ya kawan kawan.

Datang sini jaga anak buah sendiri pun quite good actually. At least aku dpt ilmu mcmana jaga anak sendiri nanti hehe.

Sesiapa nak mai UK halo halo gua haa. I'll be here till January.

Salam sayang,
Puteri manis.

Wednesday, July 22, 2015