;)

Wednesday, July 31, 2013

Mimpi,Impian dan Cita-cita.



aku punya 3 perkara.
mimpi, impian dan cita-cita.

ingin sekali mencapai ketiga-tiganya dengan usaha,usaha dan usaha.
mimpi untuk mendapat si dia,encik suami yang akan sentiasa memahami dan melengkapi hidup ini.
impian untuk mempunyai kerjaya dan keluarga yang bahagia dan diredhai.
dan cita-cita untuk bergelar salah seorang yang penting dalam industri hotel.

semoga dipermudahkan segala urusan.


Monday, July 29, 2013

Imam Maher.

Imam Maher


SubhanAllah.
Itu yang mampu diucapkan.
Begitu indah alunan bacaan ayat suci Al-Quran dari Imam Maher.
Sungguh,ingin sekali hati ni nak jumpa beliau.
Tengok depan mata pun takpe.

Mengenali dia sejak kakak pergi haji tahun 2007. Dan lepas tu, sentiasa berbicara soal Imam Maher. Ma pun cakap benda yang sama, Mok Yam, Mok Ngoh, Mok Long semua cakap perkara yang sama.
Usha punya usha. Oh, ini dia Imam Mahir, beliau salah seorang imam di Masjidil Haram.

Harapan agar dapat menjadi salah seorang makmumnya satu hari nanti InshAllah...

p/s : Surah yang paling aku suka dengar dari beliau, Surah Ar-Rahman.

tengok sini yee Imam Mahir

Missing H.

rindukan teman lama..
rindukan gurau senda, saat berkongsi masalah..

i have one best buds. a guy.
dari zaman sekolah menegah lagi. Well, it doesn't mean we always stick around, going out together like how BFF used to. Our friendship is more like..share problems, having a conversation and gelak memanjang. Perli memerli memang dah biasa sampaikan bila nak being serious on some matters pun rasa janggal sebab dah biasa gelak..Sometimes rasa, 'kalau aku bgtau dia ni dia perli aku ke tak'..Sampai tahap mcmtu tau..

Well,despite all these not serious conversation all the time, the friendship. Thats what i love about me and him. Bagaimana sibuk pun kami, pasti akan jumpa bila raya. Well,of course dia datang umah ambe la! haha. And bila kawan2 lain buat open house, we meet there, having cit chat and so on.

Zaman sekolah dulu, selalu je dia kacau aku. Memang ade je nak cari gaduh dan aku tak tau kenapa. Ada satu peristiwa tu sampai sekarang aku ingat. Masa tu Form 3, ada kelas English. Miss Nora ajar. Time tu aku duduk meja yang dekat dengan pintu keluar dan dia duduk hujung sana dekat dengan tingkap. Masa tu Teacher Nora tengah nak start tulis dekat blackboard. Tapi aku lupa kes apa dia ni cakap kat aku sampai aku sakit hati gila and aku terkeluar cakap, 'celaka betul'..Teacher Nora sampai terkejut aku cakap mcmtu. Aduh,Astaga betul time tu..

But,now,today and forever, we are friend. Best friend. =)

Yeah, maybe we don't even similar like best friends should do, but, you're. You will always be my man. He always be there when i need him. Apa jua cerita kisah hidup kita selalu kita kongsi bersama dan sedia mendengar. Kalau orang lain tahu kita sebenarnya rapat begini mesti diorang tak caya kan? Yela, dulu mcm anjing dgn kucing. Sekarang, even rarely meet and just contact thru online things, at least you know my life and i know what you're doing now.

Really hope that you will achieve your dreams, having great friends all around you and good looking future wife as i know your taste is sooooo high! hahaha!

p/s: Mari umah aku tahun ni oww..Jangan wat perangai hahaha

This picture tells everything. From me for you,H.


Sunday, July 28, 2013

Matluthfi.

Matluthfi tidak pernah mengecewakan. Video dia selalu buat aku gelak dan dalam masa yang sama dia memerli tu dalam keadaan yang boleh diterima and makes sense.
Ni salah satu video yang aku suka.
Wehehehe...


klik niii drama sebelum kahwin

Saturday, July 27, 2013

Hmm..

lot of things to be done.
hmm.
thinking of letting go the job.
can i?

penat...

Wednesday, July 24, 2013

Pokok Gharqad Pokok Yahudi.





Semalam di masjid Ladang menjemput imam dari Palestin untuk mengetuai solat isyak dan terawih..Lepas tu diadakan sedikit ceramah mengenai Palestin. Ya Allah, masa beliau cakap mengenai Palestin, ianya sangat menyentuh hati. Ribuan umat Islam mati syahid terutama wanita dan kanak-kanak,ribuan juga mengalami cacatan kekal,etc..Sungguh sangat sedih..Dan imam tu ada menceritakan mengenai Pokok Gharqad..

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam  memerangi Yahudi... orang-orang Islam akan memerangi yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok...ketika itu batu dan pokok akan  bersuara ...'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuh dia'.. kecuali POKOK GHARQAD .. kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat.

Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.

Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.

Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw.

Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae.

 Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin.

Dikategorikan sebagai beracun.. dan buahnya seperti buah tomato...diameter 1 cm sahaja.

 Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.

Kempen penanaman pokok Gharqad....untuk menghijaukan bumi.. berkumandang di seluruh dunia ..hanya lah bertujuan untuk mengaburi agenda mereka di Palestin..

Dan katakanlah...yang benar telah datang dan yg bathil telah lenyap...
..sesungguhnya yg bathil pasti lenyap.
Al- isra'..81


p/s: semoga Allah lindungi mereka, saudara kita di Palestin. Mari bantu!

Monday, July 22, 2013

Rutin Ambe.

hiasan sajo


Ini bukan riak (minta dijauhkan). Tujuan nak cerita ni supaya kalian boleh ikut atau boleh tambah jika ada lebih baik.

Rutin harian ambe bila ke masjid adalah, apabila masuk ke masjid, ambe akan buat solat sunat tahiyatul masjid dahulu. 


Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
  Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Tujuan


1.  Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.

2.  Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.

3.  Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.


Seterusnya, ambe akan lakukan solat sunat rawatib iaitu solat sebelum dan selepas solat fardu. Cik Google akan mengexplainkan lagi ye.
Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Dulunya,setiap kali ke masjid,ambe main duduk terus je..Bila para jemaah buat solat sunat rawatib, ambe mengelamun jauh. Then,ma yang suruh sokmo ambe buat. Biasalah,bila dah 'suruh' hati pun tak berapa nak rela la kan. Tapi, Alhamdulillah, lama-lama ambe buat semua tu dengan rela hati dan sekarang,kalau tak buat,rasa tak lengkap. Ma selalu pesan, banyakkan buat solat sunat untuk menampung mana yang tak berapa comey solat fardhu tu. Baru kini ambe faham. Terima kasih,ma. So,ambe harap kalian pun boleh buat juge. Kalau dah buat Alhamdulillah =)





Bidadari Dunia.

Wanita.
Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Siapa pun kamu, berusahalah untuk meningkatkan diri agar jadi lebih baik dan lebih baik.
Memang insan takkan pernah jadi sempurna, namun usahalah agar dirimu dipandang tinggi di mata Allah.

"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)


Teruskan membuat orang di sekelilingmu tersenyum.
=)


Muslimah

p/s: such a great song for a person called, woman.

Sunday, July 21, 2013

Perlu atau Tidak?

Tadi tanya ma,

'Perlu atau tidak seorang perempuan menyatakan perasaannya terhadap seorang lelaki soleh yang dia suka?'

Ma jawab mcmni,

'Boleh kabo kalau kita nampak yg lelaki tu pun mcm ura-ura nok dekat kita jugok..Cumanya, dok kire la soleh ke dok ke,tp perempuan ni penuh dengan adab ketimuran,sifat malu tu ada. Kalau nok kabo tu biar kita tahu dia tu suke jugok ke dok dengan kita. Kalau dok tahu, masa tu la gunanya orang tengah, di mana orang tengah tu kawan baik dia ke,adik dia ke. Kita dokleh assume yang kita kenal dia melalui perwatakan gitu je. Kena perati betul-betul.'

Wise word,ma.

Sekarang,perlu atau tidak aku minta abang aku sebagai orang tengah? Atau perlu kah aku diamkan diri sahaja?

perlu ke tak?
perlu ke tak?
perlu ke tak?
perlu ke tak?
perlu ke tak?
perlu ke tak?


confuseddddddd aaaaaaa....

Wednesday, July 17, 2013

Kalau lah..Kalau je la. Eh.

Rasa nak menulis..eh,menaip..

Saje saje terlintas kat fikiran ni..

Untuk awk sebenarnya..
Saya tahu awk busy sekarang that's why saya tak kacau a bit pun..
Tp bila awak tegur sy sepatah dua pun,sy ni sangatlah gembira, acihhh =)

Saya cuma nak cakap,
Kalau lah awak tahu tentang perasaan saya dan dia, which means me and her,our feelings towards you, ( I bet you already know, tapi kalau awk x tau lg pun I assume you tahu jgk la hehe), I think you having a hard time to handle this right? Jadi,untuk itu, saya minta maaf kalau perkara ini menganggu awk. I mean, awk anggap kami as a friend, but on our side, you're our friend and our special friend. For me, its okay kalau awk tak punya rasa yang sama dengan apa yang saya rasa, sy cuma nak...at least awak tahu tentang ini..apa pun jua kemungkinan yang mendatang dari awk, sy serahkan pada Allah. Sebab, sekurang-kurangnya saya sudah usaha untuk beritahu awak pasal perasaan saya. 

About me and her, yes, dulu mmg sy jealous,sy tergeram, tersakit hati, etc bila dia contact awk or even you like her status (sorry sister but for a girl,that's what we felt right?). Tapi itu dulu. Now, I don't know, I just let Allah do everything, in fact, I should let Him long time ago. Semua perasaan tak baik tu dah pun hilang. Mungkin Allah lindungi sy dan kabulkan doa sy =)..Dan terima kasih kerana atas perasaan yang dikurniakan ini, kami kenal kerana awak. Awak tahu tak? Haha. In fact, we just talk about you that time. And, InshAllah silaturrahim ni akan terus berkekalan. Love you lillahi taala kak..=)

Jadi,apa pun yang akan berlaku, saya sentiasa doakan dan harapkan agar awak dapat seorang wanita yang baik..Sebab saya yakin awak seorang lelaki yang baik. Tapi,kalau awak tanya saya,bagaimana dengan perasaan saya kalau awak punya rasa pada orang lain, saya akan jawab, 'saya gembira,gembira kerana awak jumpa dia..'

Perasaan untuk awak dari saya akan tetap ada..Dan saya tak tahu sampai bila..Again, I'm sorry kalau perasaan saya ni menganggu awak.

p/s: Selamat berpraktikal,selamat berpuasa dan selamat raya =)


saje letak. maybe ni la kot perasaannya kalau sy luahkan,dan juga bila tahu jawapannya.


Ya Rabb.


rindu...........
aku rindu...

okay bye.
=(

Friday, July 12, 2013

SubhanAllah.


Harini dah lepas another paper.
Alhamdulillah, paper yang boleh jawab/ yakin menjawab dgn baik setakat ni.
Last paper on 14th, killer paper.

So ada masa terluang,aku banyakkan beribadah.
Tadi ke Pusat Islam / Masjid UiTM.
Langkah masuk je berderau rasa.
SubhanAllah,ramainya tengah baca Quran.

Biasanya kalau aku masuk masjid orang baca Quran lagi sikit dari orang yg bercakap.
Tadi,almost everyone holding Al-Kareem. Dan tahap bunyi diorg baca tu sangat lah menenangkan hati. Tidak seperti bila kita dgr orang ramai duk cakap sana-sini.
Sungguh nyaman.

Dan bila nak start solat Isyak, SubhanAllah, ramainya umat..
Penuh saf!
Alhamdulillah..
Moga Allah berkati kita..

Ya Allah, dekatkan aku denganMu,dekatkan aku dgn pencintamu.
Sungguh, aku ingin rasa tenang begitu. Setiap saat. Setiap waktu.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Yang Dinanti.





Memandangkan I still have 2 papers to go, so my 1st Ramadhan will be here, in Shah Alam.
Maaaaaaaaa tin nok balik.......(eh mengadanya hahaha)

Its okay, sebab ni last sem aku di Shah Alam,after this puasa di Puncak Alam pulak.
Boleh ler merasa makan Seksyen 2 dan Bintang Walk Side Seksyen 7 tempat pebret heeee~

Tapi,apa yang pasti, I feel very super turbo excited nak puasa.
Don't know why but, memang excited lah hee~

Happy Ramadhan semua!

Saturday, July 6, 2013

He's Coming Back!

raya korban duluuu



Yayyy! Finally Ang is coming back!
He will finishing his class on 12th July and back to Malaysia on 25th July! (dancing dancing)
Pittsburgh - John F. Kennedy - Heathrow - KLIA.
on 26th dia akan stop at Heathrow for 3 hours sebab kena tukar flight.
I really hope that he can meet kakak,abang ijan and firhan.
Last dia jumpa firhan masa kakak bersalin je. Huu...

Then,ma abah ckp tahun ni ingtkan nak buat makan-makan dekat hotel je pastu ma fikir balik, Ang mesti nak makan makanan rumah. Ghopenye,betul..hahaha ma cakap Ang buat list panjanggggg sgt..
Xpe Ang, kang kalau Ang balik hari-hari kita gi bazar ramadhan okay?

I'll be back on 15th July so Tin akan ada kt airport nak jemput Ang nanti weheeee.
Hopefully Ang selamat sampai.
And stay chubby! I like to hug you with your lemak-lemak everywhere especially kat perut bulat weeeee~


Final oi final.


assalamualaikum everyone!
sekarang me is having final exams.
total final papers are 6..
now dah lepas 3 papers..
another 3 is coming next week which are Financial in Hospitality (9th July) , Fundamentals of Hospitality (11th July) and Computer Fares and Ticketing (14th July) (minor tourism).

So far, satu paper je yang aku rasa....alhamdulillah banyak jgk yg boleh jawab..
another 2..tawakal betul lah 2 paper tu..susahnya degree ni..kalau dulu masa final diploma aku still ada masa nak check balik,baca 2 3 kali soalan..sekarang, masa sangat mencemburuiku..sangat.. T_T

aku bgtau kakak,susahnya final ni..
aku ingatkan dia simpati la,bagi semangat ke..
ape yg dia cakap?
'biase la tu,makin tinggi belajar makin la susah soalan. Takkan ler nak tanya 2 + 2 + 4 sokmo..sekarang dia tanya pulak 8 bahagi 2, 8 - 2..."
T__T

yela yela!
cuma satu je, tin tak dapat janjikan dean list or be the top student, tapi satu je, tin akan usaha dan terus usaha untuk dapatkan yang terbaik.

p/s : Allah,keluarga dan sahabat selalu di hati ini. Dan juga kamu. =)