;)

Monday, December 29, 2014

The Voice Within.





Young girl, don't cry
I'll be right here when your world starts to fall
Young girl, it's all right
Your tears will dry, you'll soon be free to fly

When you're safe inside your room you tend to dream 
Of a place where nothing's harder than it seems
No one ever wants or bothers to explain
Of the heartache life can bring and what it means

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin 
To trust the voice within

Young girl, don't hide
You'll never change if you just run away
Young girl, just hold tight
And soon you're gonna see your brighter day

Now in a world where innocence is quickly claimed
It's so hard to stand your ground when you're so afraid
No one reaches out a hand for you to hold
When you're lost outside look inside to your soul

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin 
To trust the voice within

Yeah...
Life is a journey 
It can take you anywhere you choose to go
As long as you're learning
You'll find all you'll ever need to know

You'll make it
You'll make it
Just don't go forsaking yourself
No one can stop you
You know that I'm talking to you

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin 
To trust the voice within

Young girl don't cry
I'll be right here when your world starts to fall

Friday, December 26, 2014

Dancing Sebelum Gelombang Kedua!

Yearghhh!!!
Akhirnya sampai jua ke destinasi study week

2 minggu terakhir sebelum study week adalah minggu puaka bin vampire! Tidur tak cukup, pergi situ sini, email beribu riban, duit mcm air, otak kena perah sampai kering! 

Bayangkan, presentations kali ni memang semua nak letup. ade seminggu tu, hari isnin, rabu,khamis present! Prop mcm nak berlakon teater, baju, script, conteng muka, mcm2! Pastu hari selasa depannya pulak presentation theses! Mau tak gila weekend tu haa. Okay some photos..

formal

with our panels for theses presentation
Aku buat thesis pasal ' kenapa budak hotel taknak kerja hotel'. Tu. Yang baju merah tu nampak je senyum tu. Tapi dia pegang paling banyak peluru dan pistol sebab dia tembak aku dgn partner aku tanpa henti! Power gila beb dia punya research. Dia baca report kitorg pun gelak2. Tapi, bila dia komen tu aku takde rasa nak marah sbb cara dia lebih kpd advise. Thank you Sir Raziff and Sir Zul.



Yang ni last class Dr Kamril for Strategic Management. Aku buat presentation pasal Pancake House International (ada di Paradigm Mall and other malls). For the first time ever, aku menangis lepas presentation. Bukan sebab kena marah, tapi sebab kena berdiri lama2 kat depan lepas tu kena nasihat pasal kehidupan. Huwaaa....Sbuk menangis sampai takde gmbr utk presentation hahah..Tapi Dr Kamril super best weh! Segarang2 dia pun aku suka cara dia mengajar dan cara dia being sarcastic. Pedas! Hahaha DEFINITELY you will be remembered!


Ni presentation Sustainable Tourism, Madam Sabariah. Kisah kitorg pergi Sabah haritu. Well, ade yang jadi bomoh, ikan, lelaki, menari ramai2, mcm2! Even the lecturer was very surprised!

Eco Tourism Group

Longkong vs Lengloi


Yang ni presentation Total Quality Management, pergi SIRIM. Ade lakonan and dancing tapi semua pakai baju korporat la, yela SIRIM kot, what do you expect? Hahaha but alhamdulillah our lecturer was very happy happy and give us 28/30 utk markah assignment. Thank you so much madam Hassnah!

Hogwarts


Sir Azdel

Sir Faeez

Sir Fitri, Sir Mawi, Madam Inoor, Sir Azdel wohoo!
Ni semua masa Malam Aspirasi Graduan. Buat kat Banquet Hotel fakulti sendiri jer...Tapi makan ciken chop okayyy,, ade band, ade mainan, ade photobooth and kitorg menang kelas terbaik! Wohooo! And impian aku nak amik gmbr dgn Sir Faeez pun menjadi! Hahaha tapi skrg ni dah sah jadi laki orang dahhh xpe sy doakan sir bahagia okay!

Hari presentation yg bkn group aku hahah

Alhamdulillah, 

Despite all the hurdles, I managed to complete all the tasks given! Even hidup tak tentu arah dah masa tu hahah.

Tapi bila dah selesai semua, Ya Allah... Tuhan je tahu betapa ringannya kepala ni..

So now, focus on 4 final paper.

29/12 - TQM
8/1 - Sustainable Tourism
16/1 - Hotel System
19/1 - Strategic Management

Harap2 semua nya aku boleh buat dengan baik.
Hoping for the very best for my very last paper for degree insyAllah!

Doakan kami HM2406AB yeah!

Sunday, November 2, 2014

23.

Here it goes..

Another year being young #eh . Dua puluh tiga. Dah dua dekad tiga tahun Allah bagi pinjam nyawa ni. Bila dithrowback balik, hanya Allah yang tahu banyaknya dosa aku pada Dia, ma, abah, adik beradik (and lists is going on).


Untuk Tuhanku,
Terima kasih untuk hidup ini. Adakala aku jatuh tapi Kau tetap disisi. Maafkan aku atas segala dosa yang telah aku lakukan sepanjang aku bernyawa. Bimbing aku, Allah. Pada Engkau aku berharap.





Untuk keluargaku,

Terima kasih pertamanya buat ma, yang sudi berperang nyawa dalam melahirkan aku, 1 Nov 1991, 9.04 malam dengan berat 3.06kg di HSNZ,Kuala Terengganu. Terima kasih untuk setiap titisan susu, sabar, suka, duka dan segalanya dalam membesarkan aku (dan terus membesarkan aku). Untuk aboh, terima kasih sangat2 untuk kesabaran, setiap keringat dalam mencari keselesaan untuk keluarga kita. Makin besar, makin tin mengerti betapa susah nak cari duit. Sebab tu tin kerja part time haritu bah. Memang 1stly sebab experience, tp jauh di sudut hati, sebab tin taknak kerap mintak duit dgn abah. Tin tau byk sgt dh duit yg tin minta. Maaf ye bah.. Untuk kakak, terima kasih kerana sentiasa ada untuk hal peribadi, non peribadi, etc. Terima kasih utk Firhan dan Fauzan. Piyang Tuti, terima kasih nyanyi lagu bday tuu ;) Terima kasih juga  buat Abang Ijan sebab sudi masuk dlm keluarga kami yang sederhana ni. Buat kedua abang-abang yg tercinta, terima kasih sebab selalu buli tin -,-“. Anyway, thanks for the lunch treat, movie and skirt! Love you all sampai syurga!




Untuk sahabat,
For CP Bunnies (housemates),
Terima kasih kerana sentiasa ada dalam setiap naik turun hidup ini. Terima kasih untuk kesabaran sebab aku tahu aku ni memang banyak betul gurau, buat orang sakit hati, etc. Buat Isya and Aien, terima kasih sebab nyanyikan lagu depan Subang Parade tu. Terima kasih Aien utk shawl. I really love it! Terima kasih Isya and Ija utk jam! Aku selalu cakap yang aku sayang sgt korang semua ni kan? (Aien, Isya, Ija, Tira,Kina) I really mean it my dear. =)


For Mark’s housemates/ classmates,
Thanks a lot for the wishes thru Whatsapp and Twitter and the pictures. You guys really made my day!


Danial Hakim,
Thanks for singing on the phone. Stay as my Ted, okay? ;)



Kucai and Saini,
Thanks a lot for the treat. ;)






Yong, Anees, Fida, Along (and the rest),
Terima kasih banyok2 sebab ade sokmo dgn sy. I love you guys so much! Awop kite!


Untuk dia (hanya diri ini yg tahu),
Terima kasih. Wishes from you create a smile on my face on my favorite day. Thanks ;)


Untuk semua orang, 
Terima kasih untuk perjalanan hidup ini! People comes and goes. But they leave memory on me. Thanks! :)

Friday, October 17, 2014

Embrace the Journey.



Semalam kelas Dr Kamril. Dia ajar Strategic Management. And he's 41, single and live in comfortable life. Tegas and if we treat him nicely, he can be an angel to us. Vice versa which I don't want to mention it.

Dalam kelas dia, dia banyak bagi motivation about life in dunya and akhirah. Kalau lihat dari gaya dia yang smart and metro-sexual person, memang korang takkan sangka yang dia suka bg motivation ke arah after life which I really really love about it. And dia memang banyak dijemput untuk beri talk di mana-mana pun termasuklah di Jabatan Perdana Menteri. Dia sangatlah rendah diri orangnya even dia bawak BMW. I hope you know what I mean. Who will not to adore him? We as his students sangat lucky to have him as our lecturer.

Okay back to topic, semalam dia cerita pasal journey. 'My dad always pesan, dalam dunia ni, bila kita dah capai sesuatu, jangan lupa, Allah akan tarik nikmatnya'. Mula-mula aku tak faham kenapa macam tu pulak. Suppose kita rasa lah nikmatnya kan?

'Okay, in life, we all want to achieve something, right? Haa you all nak apa? Luxury, married,kids travel, others (kahwin lagi) and etc'. (sambil tulis di white board and kitorg gelak2). All these, we live in this life to achieve this but we forget to embrace the journey. Sibuk nak cari duit, nak travel tapi in the journey to achieve that, kita tak rasa nikmat travel tu and sampai satu tahap kita akan rasa aduhh penat ah travel. Travel dah achieve tapi kita tak rasa nikmat. Sama mcm nak kereta besar. Korang tgk org pakai Porsche, wah bestnya dia pakai kereta besar tapi bagi orang tu dia tak rasa nikmat pun, dia rasa biasa je sebab dia dah achieve. That's what I want you to understand, embrace your journey. Nikmati ia sebelum terlambat."

" Tapi janganlah korang nak embrace korang punya journey sekarang ni dengan rasa aje. Balik kelas ni aku rasa nk tidur la, aku rasa nak tengok tv la, sampai bila pun ngko tak achieve benda kau nak. Cuba kau tanya kwn kawan kau yang suka rasa tu. Kau tanya, wei aku nak tanya la, kau kan suka rasa-rasa ni. Kau rasa kau dapat berapa utk subject Strategic Mgt ni? Haa kita tgk dia punya rasa tu" (semua duk gelak2 sebab kena atas kepala sendiri!)

"But, every person have different target in their life. Ada yang nak  duit, ada yang nak dakwah, ada yang nak jadi Dekan. Korang rasa la kan, I ni nak tak jadi Dekan kalau orang tanya?" And we said nope. And yes, he don't want to. Dia selesa dengan hidup dia mcmtu. "I want to embrace my journey and being a Dean is not my target."

As for me, I want to travel. My target is to travel and work in overseas. I want to achieve my target because I know I can do it with the help of Allah. Apa-apa pun, kita merancang dan Dia penentu segalanya.

After degree, everything will change. I'm not a student in university, but a student in real life. I'm not a leader in my class, but a leader in my own path, I'm not a girl, but a woman with passion in work and life. Still I'm a daddy's little girl ;)

Allah, bantu hamba-Mu yang kerdil ini. Aku tak minta untuk jadi kaya, tapi sekadar dapat bayar apa yang patut dan masih ada baki untuk aku simpan dan belanja ke arah kebaikan.

Salam.

Sunday, September 28, 2014

1st Oct it is..

Suppose, kitorg satu famili plan nak ada family trip masa raya haji. Pergi Sunway ke, Melaka ke, Genting ke as long as we are together. Plan ni utk sama2 spend time before kakak going back to UK. Tetibe, haritu ma call. Ma ckp maybe kakak amik flight 2nd Oct. Aku pun baru bgn tido tengah mamai lagi terus haa okay je. Then, petang tu aku call ma. Ma ckp tiket 2nd and onwards dah habis. Kalau ada pun hujung bulan and mahal and kakak pun dah lambat sgt dh nk balik utk jumpa supervisor dia. So, amik tiket 1st Oct, Emirates transit Dubai.

Which means...Rabu ni. Dah la weekend aku x balik sbb nk siapkan proposal research and slide utk presentation ;(
Actually aku x sabar nk cuti sbb nk spend time dgn anak-anak buah tp dah jadi cenggini so plan kena rombak balik on the spot. Hari Jumaat lepas Ang balik kerja, kitorg shoot balik Tganu then datang balik on 6th sbb aku kena fly.

So....aku akan ponteng kelas 2 hari terakhir utk hantar diorg ke airport. Drama airmata TV 1 2 3 4 5 akan dishooting ye. Kali ni a bit sad compared last year sbb last year tu sempat 2 bulan je dgn Firhan so nangis pun x nangis sgt sbb aku ke UK seminggu lps tu.

Kali ni, Firhan setahun bersama dgn kitorg. Basuh berak, mandi, makan, buat susu, tidur malam, main, jalan2, semua sama2. And mostly mmg Firhan dgn aku je. Nak nak masa kakak bersalinkan Fauzan. Totally under my care. Pastu dengan dia baru dpt ckp sikit2 dgn pelatnya, lg la buat rasa sygggg sgt. Cahaya Kegembiraan. Memang sesuai dgn maksud namanya.

And Fauzan, sebulan 20 hari dh nk kena fly. Sedih gak aa sbb dia pun byk keletah. Dulu keluar kecik je, dengan berbelit 2 kali tali pusat dkt leher, aku mmg anggap dia superhero. Keluar pun rambut memang originally terpacak tengah aku pun x phm kenapa. Skrg dh chubby sikit. Dia x byk nangis pun. Nangis bila mintak susu jela. Dia kuat. InsyAllah akan menjadi Cahaya Kejayaan buat mama dan diri sendiri seiring dengan maksud namanya. Amin. 

Sorry sayang sayang Tuti sekalian andai Tuti kekadang termarah ke tercium lebih ke, Sorry tau. Tuti sayang sangat tahap maksimum dekat awak berdua. Be happy. Jangan susahkan mama banyak2 tau sbb mama dah masuk final year, dia dh kena start writing. Tunggu Tuti datang baru kita main puas2.

See you guys on Feb 2015!

Love mucho, Tuti. 












Monday, September 8, 2014

Final Semester.



Today, 8 sept.
Bermulanya kelas pertama untuk semester 6.
Alhamdulillah, group kitorg dah back together jadi satu kelas macam semester 3 dgn 4 dulu. ;)
Cumanya, trip utk subject sustainable tourism kena asing-asing sebab group aku dh bli flight tiket. Where to? Rahsiaaaaa mueheheeeee

Semester ni ada 5 subjek termasuk FYP which is aku tak tahu lagi siapa supervisor.
takut takkk takut takkk haaaa kau. Just go with the flow jelah hu.

Semester lepas, dapat 3.31.
3 semester ni pointer aku turun dengan konsistennya 0.01.
Tadi, masa nk balik dh salam peluk cium abah,
Abah ckp, 'sem last doh ni, buat gok skali biar buleh'.
Maksud dia, biar boleh dekan.
Abah, anak bongsu abah ni tiap2 sem kalau boleh nak dekannnn ajer. Usaha sokmo bah. Takpe2, sem ni perkuat lagi eventough aku tahu sem ni mmg 2 juta x 1 juta kali ganda payah dari semester lepas. Kalau Research Method yang dikatakan basic je utk FYP, yang FYP sem ni aku tak tahulah. Partner je pulak tu.

Takpe fateng.
You can do it.
I know you can.
So....lets start!

Goodluck for me and others!
Doakan yea readers ku sayang!
Salam.


Friday, August 22, 2014

Hmm..

Currently at Seri Kembangan. Semalam bertolak lepas asar. Aku drive dari Kemaman sampai rumah. Rabak wei. Dgn mata dah separuh fuhh. Kitorg di sini for a week then at the end of August, balik Trg jap sbb sepupu kahwin then dtg balik sini. Aku dah nk masuk study balik bulan 9 ni hmm.

Haritu buat passport Fauzan. Seriously rasa sebak je coz i know, diorg sebulan je lg kat sini. Dalam sebulan ni pulak aku masuk belajar so mmg tak byk masa dh dgn diorg. Sedih wehh. 10 bulan yg awesome. Thanks to kakak sbb dia nak collect data kat Malaysia so boleh la kitorg merasa sayang kat Firhan and Fauzan.

Skrg si Firhanmemang tgh boleh mulut. Dia duk potpet mcm2 even pelat. Pastu suka nyanyi. Fauzan pulak baru 10 hari. Kalau nangis mcm Ramli Sarip! Semua ni nanti jadi kenangan. Mesti hari2 nanti ma abah akan relatekan dgn tingkah laku cucu2 diorg.

Akan ku manfaatkan minggu2 terakhir dgn anak2 buah ni.

Tak balik UK lg tp Tuti dah rindu :(

Sunday, August 17, 2014

Hapdate.

This week, we are going back to Seri Kembangan. Kakak nak uruskan visa,pasport,tiket flight balik sana pastu dgn nk buat akikah and sekali dgn naik umah baru Demang tu. BabyF baru usiaseminggu bila kami balik nanti. Cuak jugak nk berjalan jauh dgn baby ni. Dulu pun mcmtu. Firhan umur 2 minggu kami balik Terengganu.

I have to admit, aku agak gerun nk pegang newborn baby. Very fragile you know. Tapi aku gagahkan diri jugak la. But! If nk mandikan nk tkr pampers ke mmg aku surrender. Hahaha.

Harini nk keluar jalan2 dgn Yong and Fida. Sejak balik x jumpa lg. so keluar la kejap before Im going back to KL.

K Firhannangis nk tido k hapdate je bye!

Thursday, August 14, 2014

Keep Calm.

Well, I choose not to care anymore about my feelings towards M. What had happened at the end of Ramadhan gave me something which I think that friendship is better. Not saying that my feelings towards him was gone, no! Gila apa 2 tahun kot suka dia hahah but if  friendship make us happier, I choose this road. The friendship.

Maybe Allah wants to test and show me some hikmah behind all these. Alhamdulillah. Takpe, apa pun yg terjadi, I try not to care or to be over sensitive. I hope! Hahah. Sumgguh syukur that I can be your friend again. :)

Okay, currently my sister gave birth to baby boy! Am a Tuti again! Alhamdulillah! Sape 12 Ogos tu sama la dengan babyF. Sister and baby still at the hospital. So aku amik alih utk fully in charge on Firhan. Penat! Dan sgt mengajar erti kesabaran hahah sebab budak ni baru nak masuk 2 tahun so membuas la sikit pastu nk menempel aje kerjanya. Semalam mengamuk cari mama. Haizz. Saborr. So aku memang quite busy with him. Nanti kakak dh discharge lg la aku busy nk siapkan itu ini pasal org pantang. Goodluck to me! Hahah.

Bila jaga Firhan full time ni. Aku fikir byk kali gak la der nk ada anak. Rilex lu kot setahun dua hahah. K k k k kembali lagi bila time free bye!

Assalamualaikum!

Thursday, May 29, 2014

Random.


Sakit hati. Ntah kenapa.
Bye.

Kerana Kita Ini Manusia.

Kadang-kadang...
Aku terfikir...

Seusaha mana pun aku untuk berubah totally untuk buat perkara yang baik-baik, mesti ada satu ketika aku akan buat perkara yang tak baik dan aku akan menyesal lepas tu. Aku faham, semua ni berkait dengan iman aku sendiri. Iman tak selalunya berada di tempat yang tinggi yang mana ianya akan bertambah dan berkurang.
Siapa yang tak nak jadi baik? Semua nak, kan? Tolonglah seorang cakap yang dia pun mcm aku jugak. At least tak rasa awkward. Normal kan? Mueheheheee....

Dan kadang-kadang... 
Aku terfikir..

Adakah amalan yang kita lakukan untuk mendapat pahala sama banyak dengan perkara-perkara yang akan membuatkan kita dapat dosa? You get what I mean? Contoh, satu patah ayat dalam Quran,jika dibaca akan dapat pahala. Semudah itu,kan? Dan contoh, terlintas dalam hati mengenai sahabat,tentang perlakuannya, dosa, kan? Semudah itu juga. So, melakukan sesuatu ibadah untuk mendapatkan pahala adalah sama mudah dengan kita dapatnya dosa. Allahu...Sungguh hati ini kotor...

Tipu lah kalau korang cakap yang korang fikir yang baik-baik je tentang family, sahabat, relatives,etc korang. For sure, even a bit pun mesti ada terlintas benda tak baik pasal mereka. Kerana kita ini manusia. Maafkan aku,keluarga,sahabat dan manusia di dunia ini.



Wednesday, May 28, 2014

Kawan Aku Dah Nak Kahwin!

Bulan Jun ni je dah 2 orang geng SS kahwin dan Muhaimin, budak bowling merangkap budak tuisyen aku dulu pun kahwin. Minggu pertama si Kiena, minggu kedua si Muhaimin, Minggu ketiga si Apiq John. Bagus-bagus. Moga berkekalan hingga akhir hayat. Sorry Min and Apiq, takleh attend wedding korang sebab time tu kuliah lagi. Seriously banyak gila aku tak attend wedding kawan2. Sebab masa. Maaf ya teman-teman ;(


Haa. Ni Min. Hilang pulak gambaq aku dgn dia. Dia ni budak nogori. Dapat jodoh budak Tganu. Jazakallah!

Ni Apiq John, pengawas SS. 1 kelas masa Form 4. Lama gila x jumpa dia ni. Gambar2 ni biasela. Zaman myspace.



And I miss all my friends. Bestnya kalau boleh lepak pantai sama2 mcm dulu. I need time with you guys la nak-nak tengah setghess nak final and assignments berlambak ni. Sometimes, rasa nk mcm dulu. Petang je mmg port pergi blakang A&W la. Harap2 tahun ni jadi lagi mcm tahun-tahun sebelumnya kita buat buka puasa sama2. Tahun lepas buat jugak tapi ciput je mai. Semua dh ada tanggungjawab memasing kan? Paham2. ;( I MISS YOU EMCEE ROX! Saje post gambaq lama.

 aisyah fatihah. Dekat setaun dah x jumpa. Rindunyeeeeee ;(

Jeff, Ami, Aada, Ain, Syaid, Aida, Sudin and Din.

Ami and Yong. Mai aaa makang gulai Kiena. Nanti kita jumpa lg!

Aqilah and Ijat (Jiraiya). Lama tak jumpa korang.

Jeff, Bulat, budak 2 org and Aina Amad cousin aku blake doh dua2 ni hahaha

Miza and Bert. 

Monday, May 26, 2014

Selamat Ulang Tahun, Abang Har.

2014. 26 Mei.

Kalau Abg Har ada mesti dah umur 31 tahun, dah ada anak 3 orang, ada rumah, kerja and kereta. Dan kita mesti sama-sama tengah sambut bday Abg Har kat Terengganu, kan?

Mohd Izhar Iskandar. Abang keduaku.

Moga Allah tempatkan Abg Har dalam kalangan orang yang beriman.
Disamping bidadari-bidadari yang dijanjikan.

Matimu atas nama syahid.
Dijanjikan syurga bagimu.

Kalau ma aboh boleh redha dengan pemergian Abg Long dan Abg Har, kenapa tidak aku?
Walau 8 tahun cuma kita bersama, kenangan bersama Abg Long and Abg Har tetap akan aku ingat sampai bila-bila.

Tidak pernah aku putus berdoa untukmu dan Abg Long.

Selamat ulang tahun, Abang Har.

Dari adik bongsu yang sangat merinduimu,
Tin.


Sunday, May 25, 2014

I Don't Know.




Kata Miss Inoor, 'at least you know what you want to be in future. Kena fikir dari sekarang nanti nak kerja apa'. 

Well....

Sejak ambil minor Tourism, minat aku ke arah itu which is maybe working at Travel Agent company. I don't know, aku ambil Major Hotel Management, of course, minat untuk kerja di hotel tu still ada tapi sekarang ni terasa macam dibayangi subject Tourism pulak.

Sometimes, rasa tak tahu nak kerja apa actually. And sometimes rasa macam.....kalau tak kerja hotel, sia-sia je ambil course ni.

Berbalik pada rezeki Allah la kan?

Hmm... moga2 ada kerja yang elok untuk aku di luar sana.

Amin.