;)

Sunday, March 26, 2017

Kursus Haji, Keberangkatan ke Madinah

Assalamualaikum.
Baru ada sedikit waktu aku menulis, maaf ya sebab lambat hehe.

Straight to the point,

Aku dapat tahu pasal surat tawaran meunaikan haji sewaktu aku di London bulan 9 2015. Ma buat voice note dekat Whatsapp Group.

"Ma ada benda nok kabo, sukacita dimaklumkan Izaurin Iskandar, Izham Iskandar dan Fatin Amirah ditawarkan untuk menunaikan haji 1437H pada September 2016..huhuhu...syukur alhamdulillah anak anak ma boleh gi, dijemput gi.." (baca dengan nada sebak ye).

Aku yang play voice note tu terus berdebar dan mengalir air mata. First thing yang terjah dalam otak, 'mampu ke aku nak laksanakan rukun ni?' Debar. Debar kerana dua sebab.

1) Penuh dosa, takut jadi apa apa (normal people kan fikir mcmni bila nk pegi Mekah dan aku x terkecuali fikir mcmtu jugak)

2) Tak pernah ada pengalaman ke tanah suci. Kan orang kata baik gi umrah dulu, tengok keadaan mcmana sebab haji ni lg besar dan mencabar.

Ma hantar surat tawaran dekat Whatsapp Group. Masih tak percaya.

Akhir Januari 2016.

Aku pulang ke Malaysia. Impian aku nak cari kerja di luar Terengganu terpaksa ditangguhkan sebab aku perlu menjalani kursus haji selama 14 minggu di masjid yang terpilih, sekali seminggu. So, aku kerja di hotel di KT dulu buat sementara waktu. Ang pergi kursus haji di masjid Putrajaya sebab di kerja KL and biasanya aku pergi kursus ni dengan Yen and ma and aboh. Kursus ni tak semestinya orang yg ditawarkan je boleh gi. Sesiapa je.

Lepas habis 14 minggu, barulah ada kursus intensif dua hari khas untuk yang terpilih sahaja. Buat di UMT. Kursus ni ada practical, ustaz tunjuk mcmana nak tawaf, saie, lontar jamrah. Siap ada Kaabah lagi tau. Best!

Bulan 7 kursus perdana haji  dijalankan di TTI. Haa, yang ni seluruh bakal jemaah haji negeri Terengganu dikumpulkan. Dua hari dijalankan praktikal penuh. Maknanya, bermalam di situ sebab nak bagi rasa mcmana bermalam di Arafah & Mina nanti. Masa ni ada bakal jemaah dah dapat surat tarikh penerbangan sama ada penerbangan awal, tengah atau akhir. Yang akan membezakan adalah, sama ada bakal jemaah akan melaksanakan Tamattuk, Qiran atau Ifrad.

Tamattuk - penerbangan awal, ke Madinah dahulu, niat umrah dulu dan last haji. Yang ni dikenakan dam sebab kita boleh bersenang lenang dulu.

Qiran - penerbangan akhir terus ke Mekah, niat haji dan umrah sekali, biasanya org hok sibuk buat haji Qiran sebab stay dalam dua minggu je.

Ifrad - penerbangan ke Mekah dulu, buat haji pastu baru umrah dan ke Madinah.


ni practical tawaf (nampak tak Kaabah kecil belakang kami)


gamabr sikit heee


Nak dijadikan citer, seminggu sebelum penerbangan pertama bakal haji, aku dgn abang2 still x dapat surat. Biaselah, darah tak sabar tu sentiasa ada hiks. So, aku gigih ke pejabat TH, En Aidil tu dah terbiasa dah tengok muka aku, 'Ye Cik Fatin" hahah.. Dia kata akan pos tapi takpela since aku ade situ doh, dia pun print la hok lain. Tup tup, lusa tu surat sampai kat umah. Tu la, tazzabar sgt hihi.


So, 14 Ogos 2016 tarikh keramat kami berangkat ke Madinah dan secara tak langsung jadi lah Haji Tamattuk. KT21T maksudnya penerbangan bakal jemaah haji yang ke 21 dan T kat belakang tu Terengganu. Nanti dah sampai KLIA barulah kami disatukan dengan bakal jemaah dari negeri lain macam Kelantan, Kedah, Perak. Haa gittew. So diorang punya KT21D (kelantan) KT21A (perak) macamtulah kot hee..

KEBERANGKATAN DAN TOUCHDOWN MADINAH AL MUNAWWARAH

Pukul 2 petang kami diarah berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Seusai Zohor, Amir (anak tok imam kampung aku) datang rumah untuk melaungkan azan sempena keberangkatan kami tiga beradik. Saat tu, aku cukup tahan air mata dari mengalir. Sayu sangat rasa.


sewaktu di airport tganu

Jam 4 petang, kami diberi nombor bilik dan nama hotel yang akan kami tinggal sewaktu di Madinah. Alhamdulillah diberi Al Haram Hotel yang mana jaraknya cuma 100 meter dari Masjid Nabawi. Sewaktu menunggu untuk masuk boarding, kitorg sempat berkampung kat luar, ma abah sediakan mee goreng dgn air untuk kami dan sanak saudara makan. Ramai sangat orang masa tu, best dan sayu. Jam 630 petang, kami diarah masuk ke balai berlepas. Haa masa ni lah air mata petir turun laju laju. Takleh nk sorok muka nangis huhu, mintak maaf bagai, Ma Aboh Kak Yah Kak Ira semua nangis. Yang paling sayu Kak Ira sebab baru 4 bulan kawin dgn Yen and pegnen and tetibe laki jauh 48 hari huhu. Takpe, demi ibadah! Masuk boarding, duduk kejap untuk dengar taklimat selepas Maghrib, dan tukar duit riyal siap siap (dekat boarding tu ada kaunter TH). Diberi makan dan tunggu lagi. Jam 9 TGG-KUL berlepas.


bye Tganu jumpa lagi!


di KLIA bersama bakal jemaah dari negeri lain

Sampai KLIA jam 10, tunggu lagi untuk penyerahan passport dari pihak TH kepada bakal jemaah haji. Diberi makan lagi sekali. Jam 2 pagi, berlepas ke Madinah menaiki A380. Best!


dapat row yang sama yayy! 


Perjalanan KUL-MED mengambil masa 6 jam. Tidur, makan, tgk movie, zikir, lagu nasyid semua dah. Dan jam 6 pg waktu Madinah kami selamat tiba Alhamdulillah.


imigresen Madinah


ni tunggu bas mengikut nombor yang diberi


kami bas 01 yayy




abaikan muka tak mandi ye 


baru sampaii 

Naik bas,terus ke Hotel Al Haram. Memandangkan aku seorang perempuan, so aku takde la peneman mcm abang aku berdua satu bilik. Aku mohon Ya Allah semoga roomate aku untuk 8 hari sepajang di Madinah ni baik baik semua Amin.. Alhamdulillah sangat baik, menolong dan silaturahhim sehingga hari ini! Jam menunjukkan pukul 10 pagi, rehat rehat, mandi, siap siap makan dan ke Masjid Nabawi, serius aku tak letih, sebab rasa excited sangat nak masuk masjid yang selama ni aku tengok gambar je.


gambar pertama di pintu 25 Masjid Nabawi (tu mak alang)



pertama kali masuk Raudhah seusai Zohor hari pertama


bawah kubah hijau ni terletaknya makam Rasulullah yang dicintai


seusai Subuh and jalan jalan cari makan. Cantik kan?


Seusai Subuh


 Ni last gambar aku nak cerita.

Pernah kan dengar orang kata pak Arab ni gatal galok glenyar?
Yes, indeed.

Hari pertama lagi masa di kaunter imigresen, pak arab yang bertugas tu tengok aku lain macam. Ang tengah beratur belakang aku utk queue. Lpeas selesai, Ang kata pakai purdah lah lepas ni. Aku pun nak beli tapi kekangan masa untuk hari pertama. Hari kedua lepas Subuh, kami jalan2 nak beli barang di Ben Dawood (mcm Mydin gitu, memang famous kat sana), setiap kali lalu kedai kedai, pak arab tengok lain macam lagi. Ang kata, 'lepas ni kita gi bli niqab'. Yen angguk tanda setuju. Aku pun follow je. Maka, start pada tu aku pakai niqab bila nak keluar dari hotel untuk elakkan dari kena benda benda mcmni.

Diorang ni ada yang mulut manis tau, "MasyaAllah, so pretty, where are you from?' "Ya Allah kakak manis mau pigi mana?' MasyaAllah tu memang ayat biasa.

Okay sampai sini dulu entry ni. Lepas ni aku cerita perihal 8 hari di Madinah, apa yang aku buat, aktiviti apa yang Tabung Haji buat untuk kami semua okay.

Oh lupa, aku dan abang-abang daftar haji tahun 2007 lagi lepas ma aboh balik dari haji bawak kakak. Diorang takleh daftar sekali dengan kitorg time tu sebab diorang baru balik kan so diorang kena tunggu 5 bulan untuk daftar balik dan akan ke sana 2020 pulak InsyaAllah. Jadinya, takde isu aku dan abang-abang potong queue ke ape ke sebab 9 tahun jugak kami tunggu sama macam orang lain. ;)

Thanks for reading!