;)

Sunday, September 28, 2014

1st Oct it is..

Suppose, kitorg satu famili plan nak ada family trip masa raya haji. Pergi Sunway ke, Melaka ke, Genting ke as long as we are together. Plan ni utk sama2 spend time before kakak going back to UK. Tetibe, haritu ma call. Ma ckp maybe kakak amik flight 2nd Oct. Aku pun baru bgn tido tengah mamai lagi terus haa okay je. Then, petang tu aku call ma. Ma ckp tiket 2nd and onwards dah habis. Kalau ada pun hujung bulan and mahal and kakak pun dah lambat sgt dh nk balik utk jumpa supervisor dia. So, amik tiket 1st Oct, Emirates transit Dubai.

Which means...Rabu ni. Dah la weekend aku x balik sbb nk siapkan proposal research and slide utk presentation ;(
Actually aku x sabar nk cuti sbb nk spend time dgn anak-anak buah tp dah jadi cenggini so plan kena rombak balik on the spot. Hari Jumaat lepas Ang balik kerja, kitorg shoot balik Tganu then datang balik on 6th sbb aku kena fly.

So....aku akan ponteng kelas 2 hari terakhir utk hantar diorg ke airport. Drama airmata TV 1 2 3 4 5 akan dishooting ye. Kali ni a bit sad compared last year sbb last year tu sempat 2 bulan je dgn Firhan so nangis pun x nangis sgt sbb aku ke UK seminggu lps tu.

Kali ni, Firhan setahun bersama dgn kitorg. Basuh berak, mandi, makan, buat susu, tidur malam, main, jalan2, semua sama2. And mostly mmg Firhan dgn aku je. Nak nak masa kakak bersalinkan Fauzan. Totally under my care. Pastu dengan dia baru dpt ckp sikit2 dgn pelatnya, lg la buat rasa sygggg sgt. Cahaya Kegembiraan. Memang sesuai dgn maksud namanya.

And Fauzan, sebulan 20 hari dh nk kena fly. Sedih gak aa sbb dia pun byk keletah. Dulu keluar kecik je, dengan berbelit 2 kali tali pusat dkt leher, aku mmg anggap dia superhero. Keluar pun rambut memang originally terpacak tengah aku pun x phm kenapa. Skrg dh chubby sikit. Dia x byk nangis pun. Nangis bila mintak susu jela. Dia kuat. InsyAllah akan menjadi Cahaya Kejayaan buat mama dan diri sendiri seiring dengan maksud namanya. Amin. 

Sorry sayang sayang Tuti sekalian andai Tuti kekadang termarah ke tercium lebih ke, Sorry tau. Tuti sayang sangat tahap maksimum dekat awak berdua. Be happy. Jangan susahkan mama banyak2 tau sbb mama dah masuk final year, dia dh kena start writing. Tunggu Tuti datang baru kita main puas2.

See you guys on Feb 2015!

Love mucho, Tuti. 












Monday, September 8, 2014

Final Semester.



Today, 8 sept.
Bermulanya kelas pertama untuk semester 6.
Alhamdulillah, group kitorg dah back together jadi satu kelas macam semester 3 dgn 4 dulu. ;)
Cumanya, trip utk subject sustainable tourism kena asing-asing sebab group aku dh bli flight tiket. Where to? Rahsiaaaaa mueheheeeee

Semester ni ada 5 subjek termasuk FYP which is aku tak tahu lagi siapa supervisor.
takut takkk takut takkk haaaa kau. Just go with the flow jelah hu.

Semester lepas, dapat 3.31.
3 semester ni pointer aku turun dengan konsistennya 0.01.
Tadi, masa nk balik dh salam peluk cium abah,
Abah ckp, 'sem last doh ni, buat gok skali biar buleh'.
Maksud dia, biar boleh dekan.
Abah, anak bongsu abah ni tiap2 sem kalau boleh nak dekannnn ajer. Usaha sokmo bah. Takpe2, sem ni perkuat lagi eventough aku tahu sem ni mmg 2 juta x 1 juta kali ganda payah dari semester lepas. Kalau Research Method yang dikatakan basic je utk FYP, yang FYP sem ni aku tak tahulah. Partner je pulak tu.

Takpe fateng.
You can do it.
I know you can.
So....lets start!

Goodluck for me and others!
Doakan yea readers ku sayang!
Salam.