;)

Thursday, May 29, 2014

Random.


Sakit hati. Ntah kenapa.
Bye.

Kerana Kita Ini Manusia.

Kadang-kadang...
Aku terfikir...

Seusaha mana pun aku untuk berubah totally untuk buat perkara yang baik-baik, mesti ada satu ketika aku akan buat perkara yang tak baik dan aku akan menyesal lepas tu. Aku faham, semua ni berkait dengan iman aku sendiri. Iman tak selalunya berada di tempat yang tinggi yang mana ianya akan bertambah dan berkurang.
Siapa yang tak nak jadi baik? Semua nak, kan? Tolonglah seorang cakap yang dia pun mcm aku jugak. At least tak rasa awkward. Normal kan? Mueheheheee....

Dan kadang-kadang... 
Aku terfikir..

Adakah amalan yang kita lakukan untuk mendapat pahala sama banyak dengan perkara-perkara yang akan membuatkan kita dapat dosa? You get what I mean? Contoh, satu patah ayat dalam Quran,jika dibaca akan dapat pahala. Semudah itu,kan? Dan contoh, terlintas dalam hati mengenai sahabat,tentang perlakuannya, dosa, kan? Semudah itu juga. So, melakukan sesuatu ibadah untuk mendapatkan pahala adalah sama mudah dengan kita dapatnya dosa. Allahu...Sungguh hati ini kotor...

Tipu lah kalau korang cakap yang korang fikir yang baik-baik je tentang family, sahabat, relatives,etc korang. For sure, even a bit pun mesti ada terlintas benda tak baik pasal mereka. Kerana kita ini manusia. Maafkan aku,keluarga,sahabat dan manusia di dunia ini.



Wednesday, May 28, 2014

Kawan Aku Dah Nak Kahwin!

Bulan Jun ni je dah 2 orang geng SS kahwin dan Muhaimin, budak bowling merangkap budak tuisyen aku dulu pun kahwin. Minggu pertama si Kiena, minggu kedua si Muhaimin, Minggu ketiga si Apiq John. Bagus-bagus. Moga berkekalan hingga akhir hayat. Sorry Min and Apiq, takleh attend wedding korang sebab time tu kuliah lagi. Seriously banyak gila aku tak attend wedding kawan2. Sebab masa. Maaf ya teman-teman ;(


Haa. Ni Min. Hilang pulak gambaq aku dgn dia. Dia ni budak nogori. Dapat jodoh budak Tganu. Jazakallah!

Ni Apiq John, pengawas SS. 1 kelas masa Form 4. Lama gila x jumpa dia ni. Gambar2 ni biasela. Zaman myspace.



And I miss all my friends. Bestnya kalau boleh lepak pantai sama2 mcm dulu. I need time with you guys la nak-nak tengah setghess nak final and assignments berlambak ni. Sometimes, rasa nk mcm dulu. Petang je mmg port pergi blakang A&W la. Harap2 tahun ni jadi lagi mcm tahun-tahun sebelumnya kita buat buka puasa sama2. Tahun lepas buat jugak tapi ciput je mai. Semua dh ada tanggungjawab memasing kan? Paham2. ;( I MISS YOU EMCEE ROX! Saje post gambaq lama.

 aisyah fatihah. Dekat setaun dah x jumpa. Rindunyeeeeee ;(

Jeff, Ami, Aada, Ain, Syaid, Aida, Sudin and Din.

Ami and Yong. Mai aaa makang gulai Kiena. Nanti kita jumpa lg!

Aqilah and Ijat (Jiraiya). Lama tak jumpa korang.

Jeff, Bulat, budak 2 org and Aina Amad cousin aku blake doh dua2 ni hahaha

Miza and Bert. 

Monday, May 26, 2014

Selamat Ulang Tahun, Abang Har.

2014. 26 Mei.

Kalau Abg Har ada mesti dah umur 31 tahun, dah ada anak 3 orang, ada rumah, kerja and kereta. Dan kita mesti sama-sama tengah sambut bday Abg Har kat Terengganu, kan?

Mohd Izhar Iskandar. Abang keduaku.

Moga Allah tempatkan Abg Har dalam kalangan orang yang beriman.
Disamping bidadari-bidadari yang dijanjikan.

Matimu atas nama syahid.
Dijanjikan syurga bagimu.

Kalau ma aboh boleh redha dengan pemergian Abg Long dan Abg Har, kenapa tidak aku?
Walau 8 tahun cuma kita bersama, kenangan bersama Abg Long and Abg Har tetap akan aku ingat sampai bila-bila.

Tidak pernah aku putus berdoa untukmu dan Abg Long.

Selamat ulang tahun, Abang Har.

Dari adik bongsu yang sangat merinduimu,
Tin.


Sunday, May 25, 2014

I Don't Know.




Kata Miss Inoor, 'at least you know what you want to be in future. Kena fikir dari sekarang nanti nak kerja apa'. 

Well....

Sejak ambil minor Tourism, minat aku ke arah itu which is maybe working at Travel Agent company. I don't know, aku ambil Major Hotel Management, of course, minat untuk kerja di hotel tu still ada tapi sekarang ni terasa macam dibayangi subject Tourism pulak.

Sometimes, rasa tak tahu nak kerja apa actually. And sometimes rasa macam.....kalau tak kerja hotel, sia-sia je ambil course ni.

Berbalik pada rezeki Allah la kan?

Hmm... moga2 ada kerja yang elok untuk aku di luar sana.

Amin.



Thursday, May 22, 2014

Cuti!

Yes, UiTM ni pelik sikit. 1st semester memang banyak cuti. Nanti masuk 2nd semester tak byk cuti. So ni tahun pertama so Hari Gawai kitorg dapat cuti seminggu. Best tu memang best tapi......25/6 dah start final. Sebulan aje lg. And bukak cuti ni memang banyakkkkkk presentation and report kena hantar. Whatever la malas lg nak pikir. Nak tgk Frozen je dgn Firhan hahaha.

Tadi kelas Human Resource. Yang Madam super bekeng tu. Tapi harini mood dia okay pulak. Dia cakap tadi, "haaa,nanti masa presentation, saya taknak ada slide yang kena menunggu keluar satu-satu perkataan. Saya ni jenis tak sabar. Lepas tu font tu jgn nak pelik-pelik. Guna Arial je. Paling penting, saya tak nak ade benda terbang2, butterfly ke,lalat ke, glitter ke apa. Ni bukan subject Information System." Kitorg memang gelak sakan tadi hahah.

Then kelas dia harini suppose 4 jam sebab ganti the other class last week. Masa tu kul 10. Pastu dia cakap dia akan bagi kerja case study. Dah siap hantar kat dia kat cafe sbb dia nk breakfast. Pastu sebelum keluar dia ckp, 'korang ni cepat la sikit buat, jgn bincang, jangan bercakap, siapkan cepat. Saya mls nk tggu lame2". Macam2 aaaa madam ni hahahaha.

So,harini aku balik rumah kakak since ma,aboh and Ang balik Tganu. Aku stay dulu kat sini utk tlg kakak kot2 dia ada nk interview restaurant manager lg so aku boleh jaga Pik an kat umah. Then around 30th aku balik Tganu sbb Wakina azabannar (saje je kt blakang tu hahah) kahwin. Thorbaik ah. Yang ni 2nd BFF laa yang kahwin lepas Along 2 tahun lepas. BFF aku ni 2 kelas. Kelas aku, 5 Prihatin and 5 Jujur. Reunion sokmo hahah. So aku kena la balik kanzz. Lagipun mcm ramai je kwn aku balik so aku pun balik gak aaa hehe.

Esok and lusa ada Hari Belia kt Putrajaya. Big Bad Wolf wokk! Nak kena pergi ni! See you there! #tetibe

Bye! Assalamualaikum.

Monday, May 19, 2014

...


Sometimes apa yang kita nak kita takkan dapat.
Mungkin benda tu tak elok untuk kita.
Sedang Allah itu sebaik-baik Perancang.

Aku harap aku tak menyesal in future.

Dan aku harap aku tidak memberi harapan kepada sesiapa.

I WANT TO LIFE MY LIFE.

Wahh gituu...

Tadi classmate aku buat sesi pengakuan. Minggu lepas, dia isolatedkan diri dia sampai semua lecturer tanya kenapa. Then tadi lepas kelas Miss Inoor (the closest lecturer with my class) cakap, ' Okay I give time to Abu to deliver some speech'

Kitorg dah mcm....apehal kau ni Bu..

Then he said, "Okay Assalamualaikum, before that, allow me to cry' and he start to cry. Dah la aku ni depan dia. Aku ni jiwa sensitip jugak laa..Perempuan kot hihi. "Abu, jangan la nangis.....Aku pun sebak jugak"..

Then he start to talk. He said sorry for what happened last week sampai dia tak tegur sapa sangat dgn kitorg semua. Dia ada masalah dia sendiri yang tak boleh di share dgn semua orang. "Mungkin sebab kita dah jauh dgn Allah dan Allah bg masalah ni utk kita sedar tentang itu". And he was brave enough to talk infront of us yang dia dah lama tak bertegur dgn 2 of his bestfriend since Diploma dalam kelas tu. I mean, in the closest way mcm share probs,message,etc. Dia mula rasa renggang. Dia cerita ni sambil nangis2 okay. Aku pusing ke belakang tengok ade jugak yang berhujankan ayaq mata...Huu..

But, what my point is, mungkin kita dah jauh dengan Allah. Kita ni selalu je harapkan yang baik-baik je, selalu nak kan semua plan kita menjadi, even plan tu membabitkan perasaan orang lain,tak pernah sekali pun kita nak ucap rasa syukur dengan apa yang kita ada.

Aku harap friendship aku dengan semua kawan-kawan takkan terputus, aku harap aku dapat kurangkan cara gurauan aku ni, ini memang diri aku tp sometimes aku rasa cara aku melampau. So, guys, maaf ye kalau ada yang terasa. Mak ni bukan lah perempuan usrah, perempuan melayu terakhir,etc. Mak ni cuma pompuan biase je nok. Hmm. Maap ye.


And untuk the guys yang rapat dgn aku, sorry kalau cara layanan aku as a friend dekat korang ni buatkan korang rasa aku memberi harapan yang lebih. Sungguhnya aku taknak permainkan perasaan sesiapa pun. Biarlah aku dengan perasaan aku. Hanya Allah dan dia sendiri yang tahu siapa dalam hati aku sekarang. Mungkin dia pun dah tak ingat haha. Walaupun dia tak terima ke, dia terima ke aku ni at the end, biarlah aku yang rasa sakit tu. Aku taknak korang2 ni rasa apa yg aku rasa. And again, sorry, guys.



Dan utk kamu, ya, aku masih suka pada kamu. But no worries, I won't burden you at all with the feelings. Even be a friend is a nice thing to do, right? ;')

Again, Allah itu Sebaik-baik Perancang.
Allah sentiasa ada untuk aku.
Untuk kamu.
Untuk kita semua.

Salam.

Friday, May 9, 2014

Perglih!

Assalamualaikum and hi everyone!
Lama rasanya tak nulih ni hahah.. Okay, first of all, masa cuti hari bekerja haritu, me and my family (exept Yen my big bro tak dapat cuti so dia tak ikut) went to Perlis to attend my bro in law’s cousin wed. Located at Kampung Batu 5, Kuala Perlis. Perkara yang paling obvious bila sampai kat sana, PANAS. Seriously, the weather is so hot just like me. Eheheh…. 38C. So aku panggil Perlis as negeri yang selalu demam. But no worries, the foods can covered up all the hot weather that we’ve been thru. Makanan? AWESOME.  Memang mana2 kedai yg aku pergi even yg tak famous pun, super duper delicious. Perlis boleh sangat jayakan misi aku untuk gemuk. Seriously. Hahaha.

1st day sampai which is hari Khamis, settle down di homestay dekat dgn rumah cousin yg kahwin tu. Tghari tu pergi rumah perempuan dulu and dekat sangat2 dgn jeti nak ke Langkawi. Sbb panas yg teramat, kitorg balik dlu, mandi,solat and ke Bukit Kayu Hitam. Nah, tak best. Takde mende pong situ. Balik homestay, semua orang pengsan sebab cuaca and penat journey, KECUALI Firhan.Sebab dia kan dh tidur dalam kereta all the way nak balik. So, petang tu mmg tugas dia kacau semua orang. Ya Rabbi, sabor jela. Sejam je aku tidur and mmg byk kali dh dia dtg pijak kaki aku la, duduk atas perut la tp tak layan so dia pergi kacau Ang, mama dia, ki and wan. Then Ki dia dh x larat nk layan dia. Dia pun datang kat aku..
“Tuti!Tuti!Tut! (suara mcm nak nangis).Aku pun tkejut la kan,aku Tanya ye sayang nak ape.. “Nak mamam”. Aduh lapar pulak budak ni. Aku pun pegi amik biskut bg cicah air. Makan la dia. Pastu ajak aku main pulekkk.. Manusia lain mmg sambung pengsan dah. Nak tak nak, aku kena layan la sampai la diorg bangun. Takpe, Tuti rela. Hahah.

Esoknya pergi Padang Besar, awesome. Makanan sangat best! Firhan dapat Bulldozer. Kebetulan je lalu kat kedai tu pastu Firhan ni dh ternampak Bulola dia tu. Mengamuk jgk nak benda tu sampai keluar air mata. Pandai betul mengamuk skrg haizz. Malamnya, kitorg pergi makan ikan bakar dekat Jeti. Super awesome. Ahhh, semua makanan la sedap memang sedap sedap sedap!
Last day, wed cousin. Tema Coklat so semua pakai coklat. Makanan sekali lagi mmg sedap and ada rewang sikit je since diorg catering je. Apa yang bestnya, bahasa utara tu. Alahai best giler kot dengar org ckp utara. Apa habaqqq, Bila mai, etc. Nak jgk ckp gitu! Hahahaha

Petangnya,gerak balik kecuali Firhan and family sebab diorg nk holiday ke Langkawi. Kitorg tak ikut sebab Ang ada interview hari Isnin. Gitu laa ceritanyaa. Ni campur gambaq Firhan pi Langkawi sikit. Suke kemain naa..Gambaq lain boleh tgk kat instagram..

Insta : fatenamersrk.