;)

Tuesday, April 30, 2013

Hee....

kemain bonda tak perlu lagi call yg mahal,WhatsApp sajo =p



Memandangkan ma dah beli Samsung Ace Plus,so dengan gembiranya dia dah pandai guna WhatsApp dan join group aku,Ang dan Kak Yah dan tanpa typo dan siap emoticon lagi... Amboi....mamaku berzaman moden uolsss....

Dan berpandukan WhatsApp di atas, maka dengan ini,diumumkan ketibaan Fatin Amirah ke Kuala Ibai,Kuala Terengganu pada Sabtu pagi ini..hahahaha..

Alaaa...balik sebab all of my assignments bergroup..dan ahli-ahli semua balik mengundi..Maka dengan itu,terpaksa lah jua aku balik dengan hati yang rela..kikikiki...

p/s: See you soon Ma,Aboh,Yen,Kuala Ibai,Kuala Terengganu! (dancing).

Monday, April 29, 2013

Congratulations!

hensem tak abg sy? heeee

congratulations!

=)

Congratulations,and celebrations na na na na.... (ewahh termenyanyi pulak hihihi)

Well, My 2nd Brother, Mohd Izham Iskandar Bin Che Ishak officially grad!
Having a big smile on his big day (28th April 2013) at University of Pittsburgh, Pennyslvania,United States.
Kalau ma aboh ada mesti dah menangis terharu..Ini kejayaan yang Ang nak dan Ang dah capai kejayaan ini dengan usaha yang tidak putus-putus dari kecil sampai sekarang.
I'm proud of you Ang!

Even masa sekolah rendah ramai bercakap Ang ni lembut la ape la (pernah kot Tin nangis dpn kwn2 sbb org cakap gitu),pastu bila masuk sekolah menengah ada je yang perli itu ini. Maafkan tin jugak sebab time sekolah dulu orang mengata Ang ada adik tak sepandai abang. T__T
Kadang-kadang nak marah,kadang-kadang nak menangis dengan semua kata-kata tu.
Tapi Ang tak pernah ambil hati. Tetap juga Ang layan Tin, Ang cakap setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tetap bagi sokongan and motivation.. Thank you Ang. Huu..

Tahniah dari kami sekeluarga. Kami sangat bangga dengan Ang. Teruskan perjuanganmu Ang untuk paper seterusnya this summer. See you on July! =)

Senyum Lebar =)





Oh,berjaya memiliki buku ini! Alhamdulillah berkat usaha pusing satu PWTC semalam jumpa jugak buku ni. Nasib baik sempat beli bila mana buku ni dah tinggal 3 buah je lagi. Phew! Cuma terkilan tak dapat jumpa Abang Hilal depan mata sendiri. Huhu..

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
Surah Ar-Ra'd ayat 11.

Friday, April 26, 2013

Not Going Back.

Memandangkan tidak dapat mengundi untuk PRU 13 ni, so I made my choice...not going back to Kuala Terengganu. Because, I'm realize that I've got so MANY assignments to be done. Takpe la tin, nanti kan ada Hari Gawai. Seminggu lagi cuti. Pastu balik lagi masa nak konvo. Takpe, Terengganu tak hilang. hehe (bahagian wak sedap hati haha). Takpe la, dan nama pun students. Nak tgk orang mengundi ke, cakap hal politik ke pun I really don't understand about that much. Better aku stay Shah Alam kesayangan Kolej Seroja tu then settle assignment yang buat kepala pusing daa..Siapa-siapa yang balik Terengganu tu kirimsalam Kuala Ibai neh. heee..

p/s: Semoga negeriku berada di dalam tangan pemimpin yang terbaik.

Thursday, April 25, 2013

Celen.



Apabila kita inginkan perubahan ke arah yang lebih baik, pasti akan ada cabarannya.
Selalu. Selalu saja cabaran itu buatkan aku rasa nak marah,menjerit mahupun menangis.
Bila fikir balik, it's not worth at all to get angry for the small matter.

Memang aku suka dengan ayat  'diam lebih baik dari berkata-kata'.
Because, the tongue is like a lion. If you let it loose, it will wound someone.

Jadi, jagalah percakapan anda. Jangan bercakap kalau perkara itu akan memudaratkan.
Contohnya, ma kan, bila dia marah, dia suka beri ayat berbentuk arahan. Tanpa ada perkataan 'tolong'. Macam. 'Tin,buat air,lepas ni buat sandwich,potong bla bla bla...' . For me, 'tolong' tu dah boleh buat someone rasa  lagi ikhlas nak buat sesuatu kerja. Kadang-kadang aku terasa juga. Tapi aku tak pernah halang atau tegur ma. Sebab aku sentiasa ingatkan diri aku, 'Takpe,dia jaga aku 22 tahun dah. Takkan nak terasa kot. Sabar.Sabar.'

Tapi...(ade aje tapi hehe)...tu lah..sebagai anak pun,manusia pula tu..pasti la terasa jugak kekadang..macam orang gaji pulak..kalau ada ayat tolong pun takpe dah..Tapi (tapi lagi) redha jela.. I know my mom well. Yet, I love her so much. Memang dia banyak sangat dah buat segalanya untuk anak-anak. Terima kasih, ma.


p/s : Just to share a story. Not humiliating her. Oh, mother,mother,mother and father.

Tuesday, April 23, 2013

Percintaan vs Persahabatan


iklan : yang ni tetap saya cinta hihi =p

Percintaan.
Setiap orang pasti punya memori pahit dan manis bukan?
Begitu juga aku.
Bagi aku, memori aku dengan lelaki yang kononnya pernah aku sayang dulu,itu semua memori pahit.
Sebab apa?
Sebab dengan pergaulan itulah hidup aku terumbang ambing. Hampir terjerumus dalam gaung. Yang sangat dalam bagiku.
Aku memang tidak sesolehah,secantik dan semuslimah perempuan di luar sana,sebab tu la kot aku pernah tergolong dalam golongan-golongan ini.
Jika ingin dikira manisnya,takkan ada satu jari pun akan naik.

Persahabatan.
Itu jauh lebih indah. Alhamdulillah aku masih ada batas antara rakan-rakan lelaki aku.
Memang aku jauh lebih suka persahabatan dari percintaan yang sia-sia dan rumit.
Persahabatan.
Kita punya kawan yang ramai bukan? Tapi dalam kalangan yang ramai itu,cuma ada satu golongan yang rapat dan sentiasa bertanya khabar tentang dirimu,kan?
Dan bagi aku, golongan itu adalah rakan dari sekolah menengahku.
Dari dulu sehingga sekarang, tidak putus bertanyakan khabar, buka puasa ramai-ramai, datang beraya rumah,and sometimes bila semua orang cuti, pakat jumpa tepi Pantai Batu Buruk. Tidak kira lelaki atau perempuan.

Percintaan.
Ya, aku terjerumus 3 kali dalam percintaan.
Hilang arah tuju. Hilang kawalan. Hilang. Hilang.
Saat kali ketiganya, aku pernah rasa yakin,ya dialah satunya.
Tapi,Allah masih dan sentiasa sayang kami berdua.
'Dipisahkan' kerana Allah sayang.
Aku gembira. Sungguh. Aku gembira.
Sebab aku fikir positif.
Dan kerana sebab inilah, aku menjadi aku yang sekarang.
Aku suka dengan diri aku yang sekarang.
Tanggungjawab aku cuma pada ibadah pelajaran dan kepadaNya.
Juga tanggungjawab sebagai anak, adik dan sahabat.
Tiada lagi lekanya dengan kata-kata,perbuatan,dan tingkah laku yang ke arah itu.
Aku lega. LEGA.

Persahabatan.
Aku cinta sahabat aku. Kasihkan mereka semua tidak kira asal,keturunan,kelakuan dan sebagainya.
Dengan sahabat, aku belajar erti perbezaan pendapat dan segalanya.

p/s: Ya Rabb,jangan Engkau palingkan hati ini setelah Engkau beri aku hidayah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.

Salam dari Kuala Ibai,Kuala Terengganu.










Iman.


Iman.
Itu yang aku tekankan sekarang.
Ya,iman boleh bertambah dan berkurang.

Sungguh,aku takut apabila imanku berkurang.
Memang,aku usaha untuk sentiasa tambahkan imanku.

Aku manusia biasa,tapi aku akan terus usaha dan usaha.

Harini, ma marah sebab potong tempe untuk katering tak ikut apa yang dia nak.
Sedangkan dia sendiri yang tak beri arahan dengan betul.
Tapi sabar,aku sabar. Aku diam. Tanpa suara.
Mungkin lumrah kaum ibu suka berleter. (kan?)
Apa pun,aku sayang ma.
Apa yg aku nak cakap, patience. Susah juga nak amalkan tu.

Sebab tu sabar sebahagian dari iman. 
Kalau iman kurang,sabar pun kurang. Ye dak?

p/s: terima kasih untuk pembetulan hee.

Monday, April 22, 2013

Hati ini Bahagia.




Saat aku panjatkan doa padaNya agar dikurangkan rasa rindu terhadap dia, Allah berikan nikmat itu pada aku. Alhamdulillah.

Bukan tidak cinta,
Tapi tidak meletakkan cinta lebih dari cinta kepadaNya.

Bukan tidak rindu,
Tapi rindu kepadaNya lebih kuat darinya di dalam dada.

Jodoh,
Hanya Dia mampu memberinya dengan rahmat.

Kita hanya usaha apabila tiba masa yang sesuai.

MASA & PERSEDIAAN DIRI.
Itu yang aku tunggu dan usaha dari sekarang.

Salam dari negeri Terengganu.

Sunday, April 21, 2013

Bonding..

rumah kite =)

ma aboh kite. (saje upload gmbr lame) =)

currently in Kuala Ibai,Kuala Terengganu.

Ketika pena menari di blog ini, aku sedang bersama ma dan aboh yg tercinta.
Sungguh aku ingin senyum setiap hari setiap kali melihat wajah orang tuaku. Seminggu sebelum midterm,lebih kurang hari-hari ma dan aboh call. Tak call pun,message. Ma siap cakap, ' see you in 2 days (with smile at the end of the words). 

Bila dah balik, lagi lah..semua benda dia nak masak,tunjuk segala apa yang dia beli untuk aku,kakak,abang dan cucu, dan gossiping (gosip benda baik okay hee). 

Semalam, semasa breakfast sama-sama, kami cerita tentang Firhan tersayang (nephew). Suka melihat gelagat dia. 

Tiba-tiba ma cakap....

'kalau tiba-tiba Allah nak amik balik Firhan tu,semua jadi gila,mama pengsan,tok wan koma,cikshu gila.'
Aku tersentak..
Ya,memang mati itu bila-bila masa. Kita perlu bersedia. Tapi sungguh apa yang ma cakap,memang aku akan gila. Semua orang sayangkan dia.

Sama seperti apa yg berlaku atas kedua arwah abangku (mati lemas)..

Ketika abang sulungku dibawa ke dalam bilik air untuk dibersihkan dari pasir pantai,Mok Yam (adik ma) terus menjerit sambil menangis, 'Jangan sentuh dia! Jangan basuh baju dia!'

Dan Ayah Ngah (abang ma) pula pulang ke rumah dan menjerit bagai orang gila.

Apa yang aku nak cakap,
apabila ikatan kekeluargaan kuat,apa pun yang terjadi,semua orang akan ambil berat.
Mati itu pasti,kita perlu bersedia walau apa pun yang berlaku.
Namun aku sentiasa berdoa agar Allah panjangkan umur ma dan aboh serta Firhan agar ma dan aboh dapat merasai sayang dari cucu mereka. Dan berharap agar Allah panjangkan umur mereka dan dapat melihat zuriat dari aku pula.

p/s: Sudah 14 tahun berlalu (2 April 1999). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Abg Long dan Abg Har. Sungguh,Tin rindu kalian....

Monday, April 15, 2013

Doa.


Kalau kita berdoa, ada orang cakap tukar-tukarkan  doa kita itu..Jangan doa benda sama selalu sebab takkan perkara lain kita tak mengharapkan pada Allah S.W.T? Cuma nak tanya,doa yang dahulunya kita minta tu takkan nak senyap mcmtu je? confuse pulak rasa huhu..

Tapi yang pasti,kadang-kadang aku terfikir,aku terlalu banyak berdoa kepada Allah dan sesungguhnya aku malu pada Dia kerana aku telah banyak sangat berbuat dosa tapi akhirnya semua perkara baik aku minta pada Dia. Apabila aku rebah,aku mencariNya. Rasa malu sangat.

p/s: sesiapa yang faham konsep doa, boleh tolong terangkan? sungguh memerlukan penjelasan menyeluruh. Terima kasih.


Sunday, April 14, 2013

Cinta Saya.

Cinta saya,
Sederhana.
Tidak pergi ke tahap malaikat,
Tidak pergi ke paras syaitan durjana.

Saya,manusia.
Cinta saya, sesuai dengan keadaannya,
Yang haram saya cakap haram,
Tetapi mana yang boleh, saya tunjukkan jalannya.

Cinta saya,
Sederhana.
Tidak terlalu jumud sampai kelihatan eksklusif,
Hingga sukar diikuti,
Tidak terlalu bebas sampai kelihatan murah,
Hingga boleh dipermainkan jahiliah.

Sedehana itu mahal,
Maka cinta saya mahal,
dan manusia boleh ambil untuk cuba amal,
Dalam keadaan menjadi hambaNya dalam kekal.

Moga cinta ini bukan sekadar dunia,
Tetapi menembusi hingga ke syurga sana.

Petikan : Sebelum Aku Bernikah. Hilal Asyraf.

p/s: dah habis baca yayy!

Saturday, April 13, 2013

Email Baru.

sesiapa nak email apa-apa, silalah email ke sini:

fatenamera@ hotmail.com

p/s: email yahoo dah x boleh bukak sebab lupa password T__T

Konvokesyen 2013 (motivation).


spot me! hee~

abang yg ohsem =*


kakak yg ohsem jugak =*




Semalam,bual-bual dgn Ang and Kak Yah (kes tak boleh tido)..Aku bgtahu mereka tentang konvo aku bulan Mei nanti. Aku cerita, kalau kat Dungun,ada 16 orang yang dapat 1 bintang termasuk aku. Tapi kalau dari Penang,ada yang dapat ANC and she's my classmate in degree now. Aku cakap yang aku rasa kecik je bila masuk degree ni sebab aku fikir mcmana nak lawan kalau mcmni. T__T

Then,Ang bg motivasi sikit kat aku dan buatkan aku menangis smlm (sikit jela =p). Ya, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Mungkin diri aku tidaklah secemerlang yang lain, mungkin aku baik untuk perkara dalam hidup. Cuma aku yang tak nampak lagi kelebihan aku terletak di mana. Masih mencari....

Terima kasih banyak-banyak Ang dan Kak Yah..You all always be there whenever I need you most. Thank you so much my siblings! Love deep deep!

Dan untuk pengetahuan kalian, aku akan konvo untuk Diploma in Hotel Management di Dungun,Terengganu pada 20 Mei 2013 sidang petang. Sila sila la datang ye. Kesian saya ma abah dh pergi tgk cucu time tu..Harapkan Yen (brother) dengan cousins and mak saudara aje ni. Huu..Apa-apa pun,I'm proud of myself..Aku dah usaha yang terbaik..Aku yg corakkan masa depan aku. Untuk degree,InshaAllah aku akan kuatkan lg usaha. Gigih!

Friday, April 12, 2013

Eeyan Dah Besar!

geram!

muka tak bersalah

tempat kejadian (hari lain)
muka tak bersalah lagi


nak amik laptop daddy

bebel org tak bagi

Anak buah cikshu dah bekeng (garang)!
Haritu mama dia (kakak) cerita,ada saudara kami datang rumah,ada anak kecil jgk tp dah pandai berdiri. Apa yang terjadi, Firhan dan Acik (anak kecil) diletakkan dalam baby cot tu. Penuh dengan barang mainan dalam tu. Bila Acik berdiri,Firhan pergi tarik telinga,hidung,meraba-raba muka Acik sampai budak tu takut. Hahaha.
Pastu,bila Acik pegang satu barang mainan dia, dia jeling je dari jauh (takut Acik bawak balik).

ni la Acik. Sian awak huhu.
Ada juga hari mama and daddy bawak Firhan pergi rumah Malaysian lain. Suka benar meraba muka orang. Haritu skype dgn tok wan (my mom), tok wan cakap Firhan sibuk nak pegang laptop. Bila daddy amik laptop bawak pergi jauh,dia marah,membebel,tapi tak nangis. Hamboi....kecik-kecik dah tau bebel ye Firhan.

Mama cakap dia dah on the way nak merangkak. Sebab dia dah pandai letak dua-dua tangan kat depan then angkat buntut comel tu cuma tak pandai nak gerakkan tangan tu so dia duduk balik. Ada juga perangai tak senonoh budak ni, bila dah x pandai lagi nak gerakkan tangan, before dia duduk balik tu dia kentut dulu. Tapi muka slumber mcm org tak bersalah. Hahahaha I can imagine what it was like!

Now, he is 7 months 2 weeks with 9.5kg and 70 cm.
Jangan obes sudah ye Eeyan. Confirm Tok Wan and Tok Ki tak larat nak dukung awak lama-lama next month!

p/s: Oh, how I missed to cuddle you every night, to feed you every two hours along the night,to play with you, to get you calm whenever you cried, to bath and get you prepared everyday, to change your drypers,etc. Cikshu miss all of that! 3 months, even the time was too short for me to blow you with kisses and hugs, but its enough for you to know that I love you Eeyan. Biar orang cakap Cikshu gila, tapi Cikshu tahu bila Cikshu jaga awak, Cikshu rasa betapa pentingnya kasih sayang dan penjagaan yang terbaik untuk amanah Allah yang telah memberi 1001 kemanisan untuk diri ini. Terima kasih Kakak sebab bagi peluang untuk Tin rasa living in parenthood world. I will love my children as much as i love you Norfirhan. Tunggu Cikshu kahwin ye! Eeyan jd flowerboy Cikshu. =p

Favorite Ice Cream hee...


Everyday i go to Dataran Cendekia. Al-maklumlah,Kolej Seroja tu jauh bebenor dgn tempat makan. Nak harapkan Kafe kolej,memang tak laa. Sejak ada org complain ada cicak dalam sup,sejak tu lah aku and the geng tak pernah jejak kaki ke kafe kolej. Apa nak buat,demi perut yg comel, ku gagahi jua menjadi penumpang bas UiTM dan Rapid KL yg setia.

Nak cerita, ada satu kedai ice cream Walls (students handle kot,tak pernah aku tanya hehe). Setiap kali aku g DC,setiap kali tu aku beli ice cream kat situ. Tu pun satu jenis je, Pistachio. Aaaaaaaaaaaaaaa so yummy to the max! Aku akan beli dalam cup je sebab aku tak suka cone tu. Kalau takde,aku tak beli lah.

Semalam 3 kali beli. Mcmana nak balik ganu kalau nanti rindu Pistachio acaner? T__T

A Stressful Week.


Kalendar April saya.
2 minggu terakhir busy sungguh dengan Test 1. Semua lecturer pakat nak buat test. Awat tak buat awai-awai para pensyarahku sayangggg...lemau la ceq camni adoi....

Hari ni,Jumaat, dah lepas 2 test. Alhamdulillah dalam golongan yang boleh buat.
Minggu ni test takde la hardcore sgt..Minggu depan ni haa..Financial,Hospitality and Economy. Semua core subject. Hmm Hmm..

p/s: Allah,bantulah kami,lapangkan dada kami dalam menimba ilmu dan mencari keredhaanMu. 

Wish me luck guys!

Thursday, April 11, 2013

Sebelum Aku Bernikah.


Akhirnya! Aku berjaya memiliki buku ini. hehe Alhamdulillah. Banyak kali aku cari buku ni tapi dekat Kolej Mawar tu selalu je habis stock. Then, semalam aku pergi lagi,saje la jalan-jalan. Pup! terjumpa la..tu pun ada 2 buah je lagi. Apa lagi,terus sambar. Haritu disebabkan buku ni takde stok, aku beli buku Apabila Hati Rindu Menikah. Semuanya best cumanya buku ni kawan aku cakap best,dan aku ni memang jenis suka baca buku yang ada diselitkan kisah benar. Buku lain yang aku beli adalah Pasti Ada Hikmah, 7 Keajaiban Langit dan Bumi dan Meniti Titian Silatulmustaqim.

Buku Sebelum Aku Bernikah ni baru baca sampai episod 4..Episod gitu hehe. Tapi best! Rasa nak habiskan terus tapi semalam letih sangat so sambung next time. =) Apa yg aku tahu, 'Sekiranya benar cinta,mesti kita mahu bersama sehingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka,itu bukan cinta namanya.'

Dan aku suka part Hilal Asyraf bercakap mengenai,patutkah meluahkan jika kita suka padanya? Ya,memang patut,tapi apabila sudah bersedia. Betul-betul bersedia. Kalau ikutkan hati muda aku ni,memang nak je cakap dekat si dia. Tapi,sabar,aku masih belum bersedia,itu cuma goncangan cinta muda yang memikirkan sekiranya aku lambat meluahkan,nanti melepas! Tapi,inshaAllah, Allah akan sampaikan setiap doaku,rinduku pada dia. Echewah..

p/s: silalah membeli dan membaca buku ini.tak rugi! =)

Selawat.



Alhamdulillah..semalam aku sempat ke Masjid UiTM Shah Alam bersempena selawat 3 yang telah dianjurkan oleh pihak UiTM. Sungguh, ketika kami ramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, pipi aku dibasahi airmata, aku rindu Kekasih Allah. Sungguh,sangat rindu. Selepas solat Maghrib,kami berselawat sehingga jam 9 lebih. Ramai jugak students UiTM dan juga orang luar yang datang. Kami berselawat bersungguh-sungguh. Dan selepas berselawat, ada sedikit ceramah dari jemputan iaitu Sheikh Habib Mahdi (diperlukan translator sbb dia cakap Arab) dan juga Habib Abdullah yang memberikan ceramah mengenai kecintaan kita pada Rasul dan juga mengenai manusia akhir zaman. Dan selawat dari kumpulan Al-Mawlid. Dulu,aku minat teramat dengan kumpulan Ruffedge. Puff! harini,Allah temukan aku dgn Abg Azan dan Abg Amir. Suka sangat walaupun tgk dari jauh hehe.

Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang merasai semua ini. Sungguh,aku merasa begitu dekat dengan KekasihMu. Syukur.

p/s: kepada sesiapa yang tahu kalau ada program seperti ini dan juga berkaitan,inform la saya ye.hehe.

Monday, April 8, 2013

Cinta Dalam Hati.


'Diriku hanya insan biasa yang memiliki naluri yang sama'

Dan aku pasti inshaAllah ada jawapan untuk perasaan yang aku miliki sekarang..Mungkin aku sudah menemui jawapan itu dan mungkin juga Allah ada rencana yang lebih baik untuk aku di mana aku sendiri tak pernah mimpikan perkara itu akan berlaku pun.

antara 3 orang pasti ada seorang yang terluka...

'Andaiku bisa merubah semua hingga tiada orang terluka'
'Tapi tak mungkin ku tak berdaya'
'Hanya yakin menunggu jawapan'.


Dan aku pilih hati aku,diri aku,jiwa aku yang terluka..kerana aku yakin aku masih dan sentiasa ada Dia,Yang Satu untuk bantu aku melalui perkara ini. Cuma Dia yang ada jawapan untuk setiap persoalanku. Dan sesungguhnya aku tidak sanggup untuk lukai hati seorang gadis yang punyai rasa yang sama seperti aku punya rasa untuk dia.. Sungguh,cinta pada manusia memang ada yang suka,bahagia,sedih dan perit. Aku cuma ada cinta dalam hati yang mana si dia takkan pernah tahu. Takkan pernah. Aku bahagia dengan cinta yang cuma ada dalam hati untuk dia. Mungkin bukan masanya untuk diluahkan,mungkin juga tidak perlu diungkapkan. Aku masih mencari jawapan untuk persoalan ini...


p/s: Sesungguhnya Ya Allah,aku mohon padamu,jodohkan mereka berdua..Seandainya mereka tidak ditakdirkan untuk bersama,aku mohon,agar mereka masing-masing bertemu dengan Adam yang soleh dan Hawa yang taat..Juga buat diriku,aku perlukan Adam yang dapat membimbing aku..Perkara paling utama,aku ingin melihat agamanya. Jika kukuh agamanya,aku pasti dan yakin, perkara yang lain akan juga akan kukuh inshaAllah.

Tuesday, April 2, 2013

Ang oh Ang.

he's in dancing class. kerlass uols =p




















Ni group WhatsApp between Kak Yah, Ang and me. Masa ni aku ajak Kakak Oovoo (mcm skype). So, Ang thought Kakak ajak dia Oovoo. Just want to share, my brother is so Awang Goneng (a person who made a book about the tradition in Terengganu). 

To be serious, he NEVER cakap bahasa luar dgn family. I mean tercakap KL dgn family tak pernah. Where ever he goes, always in Terengganu accent. Dia lain sikit, dia suka benda klasik. Kalau pasang lagu klasik nasional, dia lah satu-satunya yang kenal setiap penyanyi zaman dulu. Kalau tgk cerita dulu-dulu,dia kenal para pelakon. I was like o__O... Now, he is studying at Pittsburgh,Pennsylvania,US. Dah nak masuk 2 tahun, but you all can see, dia bawak sekali budaya Terengganu tu in his words. And kalau ada potluck,new year,raya between Malaysian kat sana, dia lah yg paling byk suka bagi orang makan. Dia suka masak-masak (kalah adik dia T__T).

ni la Mohd Izham Iskandar / Ang/ Gemuk/ Lovely brother 

He is so special to me. Disebabkan dia umur setahun tua dari aku,so memang aku sangat rapat dgn dia. Terima kasih Allah kerana kurniakan abang yg sangat baik,penyayang dan jaga aku. Terima kasih. 

Love.

Semalam ke wedding abang Wai di Seksyen 19. Kat situlah berjumpanya kembali kawan-kawan kelas dari Penang. I'm so happy! And triple happy bila Mira ada sekali! Mira is my best buds (include Oni,tapi dia kat Perak),tempat mengadu,tempat kasih sayang,etc, masa di Penang. Even aku pindah ke Dungun pun kitorg still contact each other. First time jumpa after 2 years, Ya Allah, menjerit gila-gila sbb x sangka! Here some pictures at the weeding.

when 2 years we are not seeing each other,ini la hasilnya hihihi =p

wedding abang wai.

dari kiri : faten (me), wahidah (wai), ain syafiqah (aien) and shazrien amira (mira)

one day!

class rap kitorg masa kat penang, farah!

peace yooo

saja over kekekekee =p
p/s: Terima kasih Allah kerana pertemuan ini. Sungguh,saat aku memerlukan rakan di sisi, mereka ada, kerana-Mu Allah. Aku sangat bersyukur dengan talian sahabat yang dibina dan inshaAllah takkan pernah terputus.