;)

Friday, March 29, 2013

Solat Istikharah.



Saya pernah membaca pelbagai cara yang diberi untuk menunaikan solat istikharah. Antaranya ada yang kata berselawat sebanyak 44 kali di akhir sujud dan memohon petunjuk ketika itu. Banyak yg sy keliru. Dan setelah banyak membuat perbandingan, insha Allah ini yg betul.  (cara Nabi Muhammad S.A.W)

SOLAT ISTIKHARAH

Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..


v  DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.


v  BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH

q  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

q  Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

q  Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:

وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

q  Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solatRawatibTahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:

Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

q  Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.

q  Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.


v  RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah

Peristiwa Subuh.



    Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam

Tetapi insan kalaupun ada hanya
Mata yang jelek dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayo bangunlah tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keampunanNya
Bersyukurlah, bangkitlah segera
Moga mendapat keridhoannya

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Setiap pagi, setiap hari


First time aku dgr lagu ni masa darjah 5. (kalau x silap la). Biasa la kan time skolah rendah semua masuk nasyid so ade la kumpulan dlm kelas 5 Mariam tu nyanyi lagu ni. Memang sedap. Semakin meningkat umur, semakin faham dengan lirik lagu ini. Dan selalu merujuk kepada diri sendiri. Kalau ma gerak pukul 5 pagi ajak pergi masjid, memang pernah aku rasa nak marah sgt (sbb kacau tidur). Kalau tak ke masjid, memang Subuh tu 6.30 pagi. Tak pernah nak rasa bangun sebelum Subuh, buat solat sunat dulu. Astaga sangat dulu rasanya. Sekarang pun ada jugak kadang-kadang tersubuh gajah. Dengan alasan, semalam tidur lewat,buat assignments. Pokoknya balik kepada diri sendiri, niat dan usaha. Awal-awal memang susah. Tapi kalau dah dibuat rutin, insha Allah melekat lah jadi tabiat. Jadi, sama-samalah kita cuba untuk bangun sebelum Subuh ya. Dan jangan tidur lepas tu, nanti pintu rezeki tutup! Ops, close house xde open dah heee~


Kalau Tuhan nak tolong...

Ada dua perkara yg memang obviously Allah tolong aku.



Satu, masa hari sabtu lepas,aku pergi kedai Popular. Hajatnya nak cari alat tulis dan buku ilmiah. Hati ni memang nak sangat Al-Ma'tsurat. Aku pun beratur la dengan queue yg panjang terover (sebab guna baucer buku). Once sampai dekat kaunter, dengan muka happynya aku letak semua barang yg aku amik. Tiba2 kakak tu ckp,'Dik,kalau nk guna baucer,buku kena 80% dari baucer.' Obviously lg alat tulis aku mmg lg byk la. Aku pun x jd bli due to dah lambat nk balik kolej (kang x pasal kena tido luar) dgn malas nk beratur panjang. Aku kuatkan hati utk tidak menyumpah seranah kedai Popular (membebel sikit la hihi). Nak dijadikan cerita, 2 hari selepas tu, lepas kelas aku singgah kolej Mawar (ada pameran kisah Nabi Muhammad S.A.W). Kakak-kakak kat situ ckp ada buat kuiz. Aku pun join dan jawapan yg aku beri tu betul. Hadiahnya tahu apa? Al-Ma'tsurat Sughra. ALHAMDULILLAH. Kalau Tuhan nak tolong.........



Keduanya, hari selasa baru ni kelas Priciples of Tourism. Sir Azlan bercakap mengenai assessment yang perlu kami buat.

'Form a group of 4-5 people. You go to interesting places and make a video. In the video, you talk about the advantages and disadvantages of the place and also how to improve. Give your opinion about the place that you visit. There will be no report,you just make a video and play it in the class. I want you to gain an experience. And that is tourism'.  

Balik kelas tu aku and group google la tempat menarik nak pergi. Kalau boleh nak ke tempat yg masih lg orang ramai tak tahu. Google area Selangor dan KL (sebab nk jimatkan kos hehe). Ada some places yg kitorg target nk pergi tp x rasa excited sgt. Ntah la kenapa. Nak dijadikan cerita, hari rabu lepas kelas Ticketing, aku dan Esya pergi makan dekat Warung Pendeta (nak merasa chicken grill 9 hinggit). Kebetulan kami duduk di meja makan 6 orang. Adalah hamba Allah ni (perempuan) tumpang duduk sekali. Dari situ kami kenal. Rupanya dia adalah lecturer di sebuah kolej universiti swasta di Banting. Dia dtg UiTM sebab nak daftar utk Master because when a college dinaik taraf jadi kolej universiti, automatiknya semua lecturer kena ada Master. Dia dh 3 tahun kerja as a lecturer in Hotel Management. Tp dia dari Degree in Tourism. So, dia pun tanya-tanya jugak kitorg pasal subjek Hotel Management dan buku-buku yg perlu dibeli. Kitorg pun pung pang pung pang duk cerita. Lastly, aku cakap dekat dia, 'Miss,kami ni kena buat assignment (terang mcm Sir Azlan terang). 

Dia pun cerita experience dia dulu buat assignment pergi some interesting places. Dalam banyak-banyak cerita tu, aku dan Esya tertarik dengan cerita tentang Kuala Gandah,Lanchang,Pahang. Kat situ adalah Elephant Sanctuary where by masa dia pergi dlu, dia stay di homestay 3 hari 2 malam. Ada 3 aktiviti dgn gajah-gajah kat situ.

1) Mandikan gajah.
2) Beri gajah makan.
3) Naik gajah dan gajah akan lalu dalam sungai pastu jatuhkan kita dalam sungai.

Kuala Gandah juga ada Mini Zoo and much more. Kiranya eco-tourism. Memang ramai tourists pergi kat situ katanya. Bajet pun tak sampai RM 100 sbb dia group of 6. Kitorg memang excited sangat bila dengar. Balik tu terus Google, sejam 45 minit dari Shah Alam. Sekarang nk survey homestay sbb kalau boleh nak stay on weekend. Allah temukan kami dengan seseorang yg boleh bantu di saat kami buntu untuk cari jalan penyelesaian. Kalau Tuhan nak tolong..........

Sekian.


Thursday, March 28, 2013

Firhan.


Happy 7 months sayang. Semoga Allah sentiasa merahmatimu. Sentiasa tersenyum,ketawa dan bahagiakan ibu bapamu. Salam sayang dari jauh. Cikshu tak lupa awk sbb tu kita skype even cikshu kt kolej pun. Rindu awk sgt Firhan. Awk mmg boleh buat cikshu lupa masalah yg ada. Happy je tgk awk. Jgn nangis byk2 tau. Senyum sokmo. Nanti balik Malaysia awk kena salam dgn cikshu dulu ok?hihihi. Again,Happy 7 months. Loves, Cikshu.

Wednesday, March 27, 2013

Rezeki,Usaha,Tawakal.

Ma telefon aku td. Bercakap sampai nak dekat sejam. How awesome is that?hihihi. And we talked about future. Ma cerita tentang abang-abang aku. Aku nk kongsi sikit hehe.

Mula-mula mengenai Izaurin Iskandar,abang pertama (sekarang) aku. Dia kerja di Klinik Lee,Kuala Terengganu as Juru X-Ray. Dia mmg dulu diploma in Radiology. Dah 2 tahun dia kerja tp mcm biasa lah kalau swasta, gaji memang susah nak naik. Mmg aku dh dgr dari dulu abang aku ni nk kerja lain. Satu perkara mengenai dia, dia seorang yg ramah. Mmg ramah dari dulu sampai la terbawa-bawa dlm kerja. Kerja pulak dealing with people and old folks so mmg semua suka dia lah. Nak dijadikan cerita, dia berkawan dgn seorang hamba Allah ni (jawatan besar jugak laH). Hamba Allah ni mmg nak tlg dia utk kerja bersama. Masalahnya abg aku hantar lewat surat utk kerja tu sampai tarikh tutup permohonan dh lepas. Walaupun dh mmg kwn tp x boleh la buat cmtu (padan muka). Then disebabkan hamba Allah ni nk sgt tlg, dia ckp kt abg aku, 'pergi jumpa Timbalan Pengarah sekian sekian utk interview'. Dia pun pergi la. Kebetulan pulak Timbalan tu pernah ke Klinik Lee. Dah memang tak rupa interview,mcm sembang kat warung mamak jela dgn Timbalan tu. Timbalan tu ckp xpe,utk kerja ni dia akan cuba jugak for my brother. Insha Allah kalau dh rezeki abg kat situ dan Allah permudahkan segala. Abg aku nk tukar kerja sebab in terms of financial,future and family. Lelaki kan...mmg fikir semua tu..Insha Allah, Allah sentiasa ada utk Yen. Tin akan sentiasa doa utk Yen.


And then,jump to my second brother, Izham Iskandar (Ang). As i mentioned in my previous post, dia skrg dh nk berkonvo on April. Tp dia akan pulang bulan July sbb dia still nak amik some of his fav subjects selagi boleh (dia mmg bookworm sikit hehehe). Pastu aku tny ma, bukan ke kalau student JPA ni bila habis belajar mmg kerja dh ada utk diorg? Ma ckp no way mannnn (haha xdela cmtu). She said,tak semestinya. Sebab kerajaan kena tgk berapa kekosongan yg ada utk kerja dalam bidang Ang. And then students JPA yg belajar di Malaysia pun diambil kira. Ang ada cerita, ada kawan dia yg amik kos Engineering, every semester 4 flat. EVERY SEMESTER. After habis, takde kerja (semoga Allah murahkan rezekinya). Nasib baik juga Ang amik kos Ecology which is kos ni awam. I mean, meluas. Tidaklah tertumpu mcm sesetengah kos. Tu yg Ang risau sgt skrg. Ma pun kata,'jgn risau,rezeki ada di mana-mana. Allah dh tetapkan utk kita yg terbaik. Tugas kita untuk usaha mencari.' Alhamdulillah bila aku dgr Ang setakat ni boleh score lg utk subject2 yg dia ambil dan takde repeat lg. Ada sorg student JPA ni byk sgt repeat sampai kena hantar balik Malaysia sbb x sempat nk catch up dgn apa yg diajar. (Semoga Allah permudahkan perjalanan pelajaran buatmu Ang).

Inilah yg ma ckp kat aku, 'Tin,rezeki ada,kita usaha dan tawakal. Try to be the best among the best. Apabila kita rasa down, ingat mcmana Allah tlg Kak Yah (my sister), lancar perjalanan utk hidup dia, ingat bagaimana Allah tlg ma yg dulu ada SPM je pastu nk kena compete dgn org yg ada STP tp ma yg dpt kerja tu. Aboh, SPM je tp dpt kerja sampai jd Pengurus Felda. Itu semua atas niat,usaha dan tawakal. Percaya yg Allah ada untuk tlg kita. Jgn lupa solat,Al-Quran,baca walaupun satu muka surat sehari. (Itu yg tin buat,In sha Allah akn jd tabiat).

Terima kasih banyak-banyak ma. Ma ada di saat aku perlukan sokongan dari ma. Love you so much!

p/s: lambatnya mid term T___T

Cintaku Hanya Pada Allah.



Aku rasa kita terlalu kejar dunia.
Kau tak rasa ke?
Semua orang atas bumi ini takut mati.
Kau tak takut ke?
Aku takut juga.
Itu maknanya kita ada penyakit.
Penyakit paling bisa.
Yang kau takkan jumpa ubatnya.
Sampai kau letak kepala kau sama rata dengan bumi.
Sampai kau tahu yang kau hina gila selama ini.
Sampai kau sedar yang penyakit ini cancer yang buat kau taknak mati!
Kau pernah tak dengar cerita?
Muslim jatuh selama ni sebab apa?
Aku nak kau balik kau kaji. Dan Aku pun akan balik mengaji.
Kau dan aku sama-samalah berdoa.
Supaya cinta kau dan aku pada dunia menghilang.
Supaya banyak-banyak kita rembat pahala yang ada depan mata.
Supaya kau dan aku lari laju-laju jauh-jauh dari dosa.
Kau pergilah jumpa doktor.
Dia mesti tak tahu penyakit kita.
Penyakit WAHAN namanya.
Jangan sampai mata kita gelap, hati kita buta.
Usah sampai hidup kita celaka kita cari neraka.
Ya Allah. Bagilah kami Syurga.
Cinta aku hanya Allah punya.
Sumpah, janganlah timbul curiga.

Jodoh Yang Ku Pinta.


Salahkah aku rindukan dia Ya Allah? Kenapa setiap kali aku berdoa tentangnya, Engkau tambahkan rinduku padanya? Apakah maksudMu ini Ya Allah? Aku minta untuk dijodohkan dengan seorang lelaki yang baik, yang boleh menjaga aku dan anak-anak kelak sepertimana abah menjaga ma dan kami semua. Aku minta agar Engkau sampaikan rinduku padanya seandainya dia adalah jodohku. Aku minta untuk terus rindu padanya seandainya dialah suamiku suatu hari nanti.  Adakah ini tandanya Ya Allah? Atau hanya ujian dariMu?

Hamba Apakah Aku? -MIF-





Azan sedang berkumandang.

"Ah...jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu".

Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.

"Aduhhhhh...Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah...patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook".

Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.

Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. "Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah".

Semangatnya aku.

Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.

Aku puas.



HAMBA APAKAH AKU?

Dunia internet. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?

Kita ini hamba. Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dalam dada semua hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita. Mampu menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang diberi Allah.

Dia yang mencipta kita. Untuk apa?

Semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Alah mencipta dunia dan segenap perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.

Berfacebook, berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada Allah?
Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak?

Oh! Di mana nilai kita sebagai seorang hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau? 

Seorang hamba itu hidupnya tidak dihiasi dengan bermaksiat. Hatta "bermaksiat" dengan waktu. Hatinya seringkali diservis untuk perjalanan yang jauh menuju ke padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.

Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah. Dia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.

Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. BukanFacebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.

Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.

Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah as-syams, manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN  dan jalan kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan. 

Saturday, March 9, 2013

Syukur.



Alhamdulillah. Aku bersyukur padaMu kerana aku dikurniakan keluarga yang bahagia. Kadang2 aku rasa hidup aku terlalu sempurna dan aku tak layak untuk menerima segala kebahagiaan yang Engkau berikan kepada aku. Dengan kehadiran Firhan yang membuatkan hidup kami sekeluarga bertambah bahagia, aku memanjatkan syukur yang tak terhingga kerana Engkau kurniakan kami si dia yang kami tunggu-tunggu. Kadang2 bila ada pergaduhan tentang sesuatu perkara antara kami sekeluarga, aku selalu fikir, tak semua orang punyai keluarga seperti aku. Dan ini buatkan kami cepat baik balik. Walaubagaimana pun air dicincang takkan putus kan? hehe.. Walaupun abg aku (Ang) dan kakak (Farah) nun jauh di sana, tapi dalam hati sentiasa dekat. Selalu bertanyakan khabar. Aku tak nak buatkan jarak punca kami adik beradik jauh dan tak bertanya khabar.

In Sha Allah, Ang akan berkonvo pada April ini dan akan pulang ke Malaysia 2 3 hari selepas puasa. Aku tak sabar nak tunggu Ang balik. nak peluk kuat2 sebab dia dah gemuk! haha. and this April, In Sha Allah ma dan abah akan ke London untuk jenguk cucu sulung ni haa.Kalau ikut plan, nak pergi satu family masa puasa dan raya kat sana memandangkan Ang pun dah balik, aku pulak start cuti semester dan Yen pun boleh minta cuti. Tapi tiket mahal loh...jadinya,lain kali la kot..Firhan tunggu cikshu naaa..nanti ada masa terluang cikshu mai lagi..doakan cikshu grad on time utk degree naa..hihihi.. thanks to Skype dan Whatsapp,boleh laa hiburkan hati ni tgk gambar dia,video dia. Yes, i love him very much!