;)

Wednesday, October 16, 2013

Surat Untuk Tuhan.



Aku tahu, aku banyak dosa. Dan setiap kali itu aku cucinya dengan solat taubat, menangis di depanMu kerana aku takut..Aku takut dengan apa yang telah aku lakukan dan bakal aku lakukan. Mungkin tidak sebesar fitnah, tidak seluas zina, tidak segerbang pembunuhan, namun ia tetap satu dosa yang takkan terlepas di akhirat nanti.. Aku perlukan bimbingan Ya Allah. Aku perlukan kekuatan, perlukan Kau disisi aku, hamba yang kerdil.

Memang Engkau tak pernah jauh dari aku, malah aku yang seringkali menjauh dariMu. Tolong aku Ya Allah. Tolong aku untuk mengawal hawa nafsu dan lindungi aku dari syaitan yang direjam. Sesungguhnya aku sungguh takut. Setiap kali difikirkan mati, aku gerun. Lindungi aku Ya Allah. 

Manusia, memang cepat berubah. Bantu aku untuk berubah ke arah kebaikan. Aku berperang dengan diri sendiri dan sungguhnya aku tidak cukup kuat. Ya, aku tahu, manusia sentiasa perlukan motivasi untuk kembalikan semangat juang. Dengan Al-Quran,solat,ceramah, semua aku baca,buat, dan dengar. Tapi masih tidak cukup untuk aku. Aku perlukan bimbingan. 

Bimbingan dari keluarga, itu sudah pasti. Dan terima kasih atas kurniaan keluarga yang cukup indah untuk diri ini. Aku mohon, izinkan aku bertemu dengan dia, seseorang yang mampu membimbing aku. Bimbing agar aku tidak terus hanyut dan lena dibuai dunia dan fantasi. 

Dan, terima kasih Ya Allah kerana terus ada walaupun ketika aku hilang arah dan bila aku kembali kepadaMu seperti anak kecil, Engkau ada seperti ibu yang melapangkan tangan, bersedia memeluk anaknya. Engkau menerima apa jua yang aku minta, Engkau ada untuk bantu aku di setiap laluan berhalang dalam hidup ini.Terima kasih.

Bantu aku, Ya Allah. Sesungguhnya kepadaMu aku memohon perlindungan.

Dari hamba yang kerdil.
 16 Oktober 2013.
 3.27 am.


No comments:

Post a Comment