;)

Friday, May 12, 2017

8 Hari di Madinah dan Bir Ali


Assalamualaikum!

Okay, first of all, inilah hotel kami untuk sepanjang keberadaan kami di Madinah al-Munawwarah. Al-Haram Hotel yang terletak 100 meter dari Pintu 25 Masjid Nabawi. Masjid Nabawi kan dalam pagar yang berpetak luas, dan pintu nya sangatlah banyak. So, akan ada nombor di setiap pintu tu bagi memudahkan kita semua nak tunggu sanak saudara. Contoh macam orang yang tinggal di hotel Movenpick, pintu terdekat dia adalah pintu 15. Kalau muzium Nabi, pintu terdekat adalah pintu nombor 8 kalau tak silap. Haa mcmtulah seterusnya.

Rutin harian kami adalah:

3 pagi : Bangun, mandi dan bersiap
330 pagi : Ke Masjid Nabawi, solat sunat dan sementara tunggu Subuh, baca Quran.
530 pagi : Selesai Subuh, beli makanan luar hotel (nasi lemak,mee goreng, mostly org indon jual)    and tidur kejap. Ada jugak hari lain yang kami jalan2 sekitar, tengok kedai2, makan capati, shawarma, kuah kari kambing yang the best ever!
11 pagi : Siap mandi and turun lunch (pihak TH sediakan lunch dan dinner)
12 tghari: ke Masjid dan Zohor
2 petang : Aku tunggu giliran masuk Raudhah. Untuk perempuan akan dibuka jam 830 pagi, 2ptg     dan 9 mlm. Kalau lelaki bila bila masa je kecuali masa untuk perempuan tu lah.
330 petang: Kalau tak masuk Raudhah aku akan stay je sampai Asar. Sama mcm abang abang.
5 petang : Keluar cari makan, jalan2 ataupun balik hotel untuk makan sahaja.
630 petang: ke masjid untuk Maghrib dan Isyak.
9mlm: Jalan jalan atau kalau penat balik tidur.


masa tunggu Maghrib, yang depan sekali ni Thailand serius tak paham dia cakap ape, yang blakang tu Jogjakarta, so I just took pic for kenangan.


ni masa lepas Subuh, makan kat hotel.


Masa timbang kotak nak post kat Malaysia, kitorg post siap2 kurma and yang berat2


jalan jalan waktu pagi ke Ben Dawood nak beli air susu masam hee


ni Izwan, classmate degree uitm, dia steward Eaglexpress so kebetulan aku baru dua hari kat Madinah, dia layover kat sana jugak so we met up, still remembered dia tunggu kat gate 25 and aku pakai purdah and approached him, "Assalamualaikum ya hab" pastu dia terkejut pastu aku gelak2, dia cakap 'weyy sumpah aku terkejut sape la tegur aku' pastu kitorg berempat jalan2 and he belanja me starbucks haha thanks wan!


ni masa Maghrib, masa ni aku tak sempat nak masuk masjid sebab terlambat ke masjid so terpaksalah duduk kat luar tu ha solat situ. 


Ada satu hari masa ada di Madinah, pihak TH buat ziarah dalam dan ziarah luar untuk jemaah. Ziarah luar maksudnya ke ladang kurma dan masjid masjid di sekitar Madinah. Ni adalah 1st pitstop iaitu ladang kurma. 

ni adalah Masjid Qiblatain, masjid yang mana ditukarkan kiblat ke arah Kaabah


ni Majid Tujuh tp x keluar pun sbb kejar Zohor



Maqam para sahabat di Jabal Uhud masa ni mengalir air mata bila dengar mutawif cerita


teman baik sepanjang hayat



ini lah Bin Dawood a.k.a Mydin Mall TGanu hahah



ni Perkuburan Baqi' dan lelaki sahaja boleh masuk


suasana selepas solat, akan ada kelas tajwid untuk para anak anak


masa untuk refill air zam zam


suasana malam seusai Isyak


ada selepas Subuh tu dalam pukul 10 kitorg masuk muzium Quran, ada semua jenis Quran dari zaman dulu yang ditulis dengan bulu pelepah sampai lah atas kertas emas sampai lah sebesar ini Quran. MasyaAllah.

Untuk Ziarah Dalam, kami terlepas untuk sesi KT21 sebab tak perasan jadual huhu. Pastu mintak dgn ustazah untuk selitkan kami bertiga ke sesi ziarah dalam KT seterusnya. Nasib baik boleh. Kebetulan kena dengan jemaah Sabah Sarawak, comel betul bahasa diorg! Suka! Kami dibahagikan lelaki dan wanita sebab lelaki akan masuk ke perkuburan Baqi' dan kami ke Raudhah. Ziarah Dalam lagi buat aku faham tentang masjid Nabawi dan kami nangis di depan kubah Hijau (depan Rasululah SAW!)


di bawah Kubah Hijau ini terletaknya makam Nabi Muhammad kita yang tercinta


Macam macam kenangan ada, sebab kami tak banyak duduk dalam hotel, kebanyakan masa dihabiskan di masjid dan di sekitar nya, sebab suka tengok suasana orang ramai, orang jual jual, makanan yang terlampau banyak dijual, bahasa2 asing, memang sangat best. Cuaca tu memang lah panas mcm angin dalam oven tapi tak menganggu langsung perjalanan ni. Hari terakhir di Madinah, selepas Subuh, kena baca doa Wada' iaitu doa selamat tinggal, aku pilih untuk baca doa tu dalam masjid Nabawi, sebak.


tarik bag nak naik bas pukul 7 pagi.


inilah roomates yang tercinta, Mok Yah, Mok Nab, Mok Nim, Mok Ku. Rindunyaaa



masjid Bir Ali

Perjalanan Madinah - Makkah mengambil masa 7 jam dan bagi mereka yang datang dari arah Madinah, niat umrah adalah di miqat : Masjid Dzulhulaifah atau dikenali sebagai Bir Ali. 

Miqat bermaksud sempadan tempat dan masa untuk mengenakan niat. Ianya adalah sempadan tanah halal dan tanah haram yang telah ditentukan oleh Rasulullah (Ibn Abbas). 

Kalau yang memang dah ada di Makkah, mereka perlu keluar dari kawasan Makah dan niat di Tana'im ataupun dikenali sebagai Masjid Aisyah. 

Kalau dari Malaysia - Jeddah, kena pakai ihram siap siap sebab akan niat di Qarnul Manazil (atas flight dan sejam sebelum mendarat). Nanti aku cerita lagi tempat niat dari tempat yang lain di sekitar Makkah okayy.

So sampai sini aje perjalanan Madinah 8 hari. Yang pasti, Bakso Maggi di hotel (lupa nama apa hotel tu tapi tangga dia mcm dlm cerita Titanic dan restoran Indon kat atas) amatlah sedap dan mengenyangkan.

Keseluruhannya, tenang, damai, tak rushing sebab jarak dekat antara satu sama lain, orang Arab kat Madinah fluently cakap Melayu dan kenal Mahathir dan Siti Nurhaliza hehe. Masjid Nabawi sangat lah cantik, selesa, siap ada karpet, ada orang jaga untuk pastikan seramai yang mungkin dapat masuk masjid. TENANG. tu je kesimpulannya. 

Nak pergi dan pasti pergi insyaAllah.



1 comment:

  1. baca post ni buat aku teringat masa mu dok sana...sokmo anto gambo :)

    ReplyDelete