;)

Saturday, November 16, 2013

Fi Hifzillah.



Sentiasa dalam doaku..

Moga kau terus sihat selalu, dipanjangkan umur untuk terus bersujud kepadaNya, mencari rezeki dan mengumpul secebis ilmu di bumi Allah yang besar ini.

Sentiasa dalam doaku..

Moga engkau dan aku terus ada dalam sebuah persahabatan yang kita bina, walau kiranya sekarang jalinan persahabatan ini renggang, namun aku akan terus lengkapkannya dengan senyuman dan doa..

Sentiasa dalam doaku..

Moga kau tidak jauh dari aku, walau dalam doa, aku mahu. Hanya itu yang aku mahu.

Agar engkau tahu, aku merinduimu wahai sahabatku...
Walau perasaan itu takkan lebih dari............
Namun aku tetap bersyukur, adanya kamu sebagai sahabatku..
Sungguh aku bersyukur..
Kerana sedikit sebanyak kau buat aku buka mata, tentang semuanya..
Semuanya..

Hanya untuk kamu, M.

No comments:

Post a Comment