;)

Thursday, May 29, 2014

Kerana Kita Ini Manusia.

Kadang-kadang...
Aku terfikir...

Seusaha mana pun aku untuk berubah totally untuk buat perkara yang baik-baik, mesti ada satu ketika aku akan buat perkara yang tak baik dan aku akan menyesal lepas tu. Aku faham, semua ni berkait dengan iman aku sendiri. Iman tak selalunya berada di tempat yang tinggi yang mana ianya akan bertambah dan berkurang.
Siapa yang tak nak jadi baik? Semua nak, kan? Tolonglah seorang cakap yang dia pun mcm aku jugak. At least tak rasa awkward. Normal kan? Mueheheheee....

Dan kadang-kadang... 
Aku terfikir..

Adakah amalan yang kita lakukan untuk mendapat pahala sama banyak dengan perkara-perkara yang akan membuatkan kita dapat dosa? You get what I mean? Contoh, satu patah ayat dalam Quran,jika dibaca akan dapat pahala. Semudah itu,kan? Dan contoh, terlintas dalam hati mengenai sahabat,tentang perlakuannya, dosa, kan? Semudah itu juga. So, melakukan sesuatu ibadah untuk mendapatkan pahala adalah sama mudah dengan kita dapatnya dosa. Allahu...Sungguh hati ini kotor...

Tipu lah kalau korang cakap yang korang fikir yang baik-baik je tentang family, sahabat, relatives,etc korang. For sure, even a bit pun mesti ada terlintas benda tak baik pasal mereka. Kerana kita ini manusia. Maafkan aku,keluarga,sahabat dan manusia di dunia ini.



No comments:

Post a Comment