;)

Monday, July 22, 2013

Rutin Ambe.

hiasan sajo


Ini bukan riak (minta dijauhkan). Tujuan nak cerita ni supaya kalian boleh ikut atau boleh tambah jika ada lebih baik.

Rutin harian ambe bila ke masjid adalah, apabila masuk ke masjid, ambe akan buat solat sunat tahiyatul masjid dahulu. 


Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
  Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Tujuan


1.  Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.

2.  Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.

3.  Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.


Seterusnya, ambe akan lakukan solat sunat rawatib iaitu solat sebelum dan selepas solat fardu. Cik Google akan mengexplainkan lagi ye.
Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Dulunya,setiap kali ke masjid,ambe main duduk terus je..Bila para jemaah buat solat sunat rawatib, ambe mengelamun jauh. Then,ma yang suruh sokmo ambe buat. Biasalah,bila dah 'suruh' hati pun tak berapa nak rela la kan. Tapi, Alhamdulillah, lama-lama ambe buat semua tu dengan rela hati dan sekarang,kalau tak buat,rasa tak lengkap. Ma selalu pesan, banyakkan buat solat sunat untuk menampung mana yang tak berapa comey solat fardhu tu. Baru kini ambe faham. Terima kasih,ma. So,ambe harap kalian pun boleh buat juge. Kalau dah buat Alhamdulillah =)





No comments:

Post a Comment