;)

Sunday, May 26, 2013

Ubat Hati.


Haritu aku ada tanya seseorang yang aku anggap boleh menjawab soalan yang dah lama tersimpan dalam otak yang tak berapa nak geliga ni.
Soal hati.
Pertanyaan aku,

'Jika hati seseorang sekeras batu,apa yang boleh mencairkan?'

Jawab hamba Allah ini,


Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."
......


Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."


Teringat lagu Ubat Hati - Opick..
Ya,itulah ubat nya..

p/s : Terima kasih atas ilmunya..dan juga janji yang dipegang. Moga Allah merahmatimu wahai insan yang aku kagumi..

No comments:

Post a Comment