;)

Thursday, April 11, 2013

Selawat.



Alhamdulillah..semalam aku sempat ke Masjid UiTM Shah Alam bersempena selawat 3 yang telah dianjurkan oleh pihak UiTM. Sungguh, ketika kami ramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, pipi aku dibasahi airmata, aku rindu Kekasih Allah. Sungguh,sangat rindu. Selepas solat Maghrib,kami berselawat sehingga jam 9 lebih. Ramai jugak students UiTM dan juga orang luar yang datang. Kami berselawat bersungguh-sungguh. Dan selepas berselawat, ada sedikit ceramah dari jemputan iaitu Sheikh Habib Mahdi (diperlukan translator sbb dia cakap Arab) dan juga Habib Abdullah yang memberikan ceramah mengenai kecintaan kita pada Rasul dan juga mengenai manusia akhir zaman. Dan selawat dari kumpulan Al-Mawlid. Dulu,aku minat teramat dengan kumpulan Ruffedge. Puff! harini,Allah temukan aku dgn Abg Azan dan Abg Amir. Suka sangat walaupun tgk dari jauh hehe.

Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang merasai semua ini. Sungguh,aku merasa begitu dekat dengan KekasihMu. Syukur.

p/s: kepada sesiapa yang tahu kalau ada program seperti ini dan juga berkaitan,inform la saya ye.hehe.

No comments:

Post a Comment