;)

Tuesday, April 23, 2013

Percintaan vs Persahabatan


iklan : yang ni tetap saya cinta hihi =p

Percintaan.
Setiap orang pasti punya memori pahit dan manis bukan?
Begitu juga aku.
Bagi aku, memori aku dengan lelaki yang kononnya pernah aku sayang dulu,itu semua memori pahit.
Sebab apa?
Sebab dengan pergaulan itulah hidup aku terumbang ambing. Hampir terjerumus dalam gaung. Yang sangat dalam bagiku.
Aku memang tidak sesolehah,secantik dan semuslimah perempuan di luar sana,sebab tu la kot aku pernah tergolong dalam golongan-golongan ini.
Jika ingin dikira manisnya,takkan ada satu jari pun akan naik.

Persahabatan.
Itu jauh lebih indah. Alhamdulillah aku masih ada batas antara rakan-rakan lelaki aku.
Memang aku jauh lebih suka persahabatan dari percintaan yang sia-sia dan rumit.
Persahabatan.
Kita punya kawan yang ramai bukan? Tapi dalam kalangan yang ramai itu,cuma ada satu golongan yang rapat dan sentiasa bertanya khabar tentang dirimu,kan?
Dan bagi aku, golongan itu adalah rakan dari sekolah menengahku.
Dari dulu sehingga sekarang, tidak putus bertanyakan khabar, buka puasa ramai-ramai, datang beraya rumah,and sometimes bila semua orang cuti, pakat jumpa tepi Pantai Batu Buruk. Tidak kira lelaki atau perempuan.

Percintaan.
Ya, aku terjerumus 3 kali dalam percintaan.
Hilang arah tuju. Hilang kawalan. Hilang. Hilang.
Saat kali ketiganya, aku pernah rasa yakin,ya dialah satunya.
Tapi,Allah masih dan sentiasa sayang kami berdua.
'Dipisahkan' kerana Allah sayang.
Aku gembira. Sungguh. Aku gembira.
Sebab aku fikir positif.
Dan kerana sebab inilah, aku menjadi aku yang sekarang.
Aku suka dengan diri aku yang sekarang.
Tanggungjawab aku cuma pada ibadah pelajaran dan kepadaNya.
Juga tanggungjawab sebagai anak, adik dan sahabat.
Tiada lagi lekanya dengan kata-kata,perbuatan,dan tingkah laku yang ke arah itu.
Aku lega. LEGA.

Persahabatan.
Aku cinta sahabat aku. Kasihkan mereka semua tidak kira asal,keturunan,kelakuan dan sebagainya.
Dengan sahabat, aku belajar erti perbezaan pendapat dan segalanya.

p/s: Ya Rabb,jangan Engkau palingkan hati ini setelah Engkau beri aku hidayah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.

Salam dari Kuala Ibai,Kuala Terengganu.










No comments:

Post a Comment