;)

Sunday, April 21, 2013

Bonding..

rumah kite =)

ma aboh kite. (saje upload gmbr lame) =)

currently in Kuala Ibai,Kuala Terengganu.

Ketika pena menari di blog ini, aku sedang bersama ma dan aboh yg tercinta.
Sungguh aku ingin senyum setiap hari setiap kali melihat wajah orang tuaku. Seminggu sebelum midterm,lebih kurang hari-hari ma dan aboh call. Tak call pun,message. Ma siap cakap, ' see you in 2 days (with smile at the end of the words). 

Bila dah balik, lagi lah..semua benda dia nak masak,tunjuk segala apa yang dia beli untuk aku,kakak,abang dan cucu, dan gossiping (gosip benda baik okay hee). 

Semalam, semasa breakfast sama-sama, kami cerita tentang Firhan tersayang (nephew). Suka melihat gelagat dia. 

Tiba-tiba ma cakap....

'kalau tiba-tiba Allah nak amik balik Firhan tu,semua jadi gila,mama pengsan,tok wan koma,cikshu gila.'
Aku tersentak..
Ya,memang mati itu bila-bila masa. Kita perlu bersedia. Tapi sungguh apa yang ma cakap,memang aku akan gila. Semua orang sayangkan dia.

Sama seperti apa yg berlaku atas kedua arwah abangku (mati lemas)..

Ketika abang sulungku dibawa ke dalam bilik air untuk dibersihkan dari pasir pantai,Mok Yam (adik ma) terus menjerit sambil menangis, 'Jangan sentuh dia! Jangan basuh baju dia!'

Dan Ayah Ngah (abang ma) pula pulang ke rumah dan menjerit bagai orang gila.

Apa yang aku nak cakap,
apabila ikatan kekeluargaan kuat,apa pun yang terjadi,semua orang akan ambil berat.
Mati itu pasti,kita perlu bersedia walau apa pun yang berlaku.
Namun aku sentiasa berdoa agar Allah panjangkan umur ma dan aboh serta Firhan agar ma dan aboh dapat merasai sayang dari cucu mereka. Dan berharap agar Allah panjangkan umur mereka dan dapat melihat zuriat dari aku pula.

p/s: Sudah 14 tahun berlalu (2 April 1999). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Abg Long dan Abg Har. Sungguh,Tin rindu kalian....

No comments:

Post a Comment